Apa Kehendak Mereka?

Assalamualaikum....
Lama dah tak bukak blog & menulis di blog nie.. Tapi hari nie terasa nak meluahkan apa yang dirasa. Nak berkongsi cerita dengan orang..tak tahu nak bercerita dengan siapa.
Urmmm...apa yang orang tua mahukan dari anak-anak mereka?
Doa yang berkekalan untuk mereka dunia akhirat? Kemewahan? Harta? Inginkan anak-anak menunaikan kehendak dan impian mereka?
Salahkah andai anak-anak tak mampu atau tak terdaya memberi kemewahan dan harta yang secukupnya pada orang tua? Perlukah orang tua mengeluakan kata-kata ibarat anak-anak tidak menghiraukan mereka atau menanti pemberian dari anak-anak ibarat peminta sedekah? Tahukah mereka anak-anak juga ada tanggung jawab dan komitmen tersendiri? tahukah mereka berapa gaji setiap bulan anak-anak? Tahukah mereka, anak-anak juga perlu membayar hutang-hutang yang ada? rumah, api air, astro, kenderaan, telefon, hutang belajar, hutang kad kredit. Rasa-rasa berapa saja yang tinggal buat anak-anak? belum lagi termasuk kos pergi kerja untuk sebulan. Makan minum lagi. Andai yang dah berkahwin..untuk isteri, anak-anak mereka.
Andai kata kami anak-anak hanya mampu memberi RM50 sebulan..terimalah seadanya. Kerana kami juga cukup perit menghadapi hari-hari mendatang. Mungkin kami perlu ikat perut. Tapi kami tak mungkin bagitahu kalian.
Ada anak-anak yang sanggup utamakan orang tuanya terlebih dahulu..hingga diketepikan apa yang dia inginkan. Fahamkah kalian dengan situasi anak-anak? Mahukah kalian mengerti?

Ayah...Ibu..
Terima kasih kerana sentiasa memahami kami adik beradik..
Tidak pernah sesekali meminta sesuatu diluar kemampuan kami
Tapi sentiasa menerima bila kami memberi..walaupun kami jarang memberi
Ayah & Ibu pernah kata
"Ayah & Ibu tak harapkan duit anak2..asalkan anak2 ingat Ibu & Ayah"
Ayah..Ibu..doakan kami sentiasa tabah menghadapi karenah mertua kami..

Kata Yang Tidak Terluah

Dalam hidup ini..tak semestinya kita dapat apa yang kita impikan. Apa yang kita angankan. Apa yang kita inginkan.
Kadang kala, impian hanya tinggal mimpi indah yang hanya wujud di dalam anganan kita.. yang kita mampu bayangkan.. namun tak mungkin kita perolehi.
Banyak impian dan rasa yang ingin dikongsi..tapi siapa yang memahami?
Ingin rasa dimanja..disayang..ingin rasa dilindungi..tapi mampukah bila terpaksa mematangkan diri dan terus mengalah dengan keadaan?
Mengalah tak semestinya kalah.Tapi sampai masa terpaksa akur jua dengan keadaan.Suatu hari pasti kencundang.
Masa tu jangan ditanya masa rasa sayang tu..masa sifat manja tu..mana perginya keperihatinan tu..sebab semua rasa tu akan mati.
Kalah dengan rasa..kalah dengan situasi..kalah dengan keadaan.

Adakala..
Aku hanya ingin ada "KAU & AKU" saja.
Bercanda..bergurau..bermanja..
Hanya berdua.
Tapi apa yang dilalui..Masa kita harus dikongsi.Masa kita terhad.
Masa tuk bersama dihabiskan beramai-ramai.
Sampai masa..kita dengan haluan kita.
Engkau-engkau. Aku-aku.
Engkau disana, aku disini..

Kadang-kadang rasa sedih..tapi tak terluah.
Sakit. Tapi tak terkata.

Hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kita.
Agar rasa cinta dan sayang terus mekar dan mewangi..
Agar bahtera kita belayar dengan sebaiknya dan diredhai Allah.
Agar dikuatkan hati membiarkan impian berlalu ditiup bayu..

Aku Terima Nikahnya

Aku terima nikahnya...
Dengan sekali lafaz, saya jadi milik awak..
Dengan sekali lafaz, dunia saya berubah..
Dengan sekali lafaz, tanggungjawab ayah saya tergalas dibahu awak..
Dengan sekali lafaz, kehidupan saya milik awak...

Aku terima nikahnya...
Awak..
Terima kasih kerana terima saya dalam hidup awak..
Terima kasih sudi menjadikan saya pemaisuri hati awak..
Ratu hati awak..kesayangan awak..

Awak..
Sekarang awak adalah kesayangan saya..
Untuk selama-lamanya..insyaAllah..
Saya akan jadi bidadari awak dunia akhirat..

Mungkin saya tak mampu meluahkannya pada awak..
Tapi, dengan lafaz "Aku terima nikahnya.."
Cinta, kasih & sayang saya hanya pada awak..

Terima kasih diatas segalanya..
insyaAllah...rasa cinta, kasih & sayang ini akan terus mekar sepanjang masa..
Akan terus mewangi dengan izin Allah...