Aneka Masakan Ayam

Ayam Bakar Bercheese

Bahan-bahan ( 2 orang )
Ayam 4 ketul ( saiz sederhana besar )
Kicap soya cair 1 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Sos Lee Kum Kee 1 sudu besar (Utk perap ayam)
Daun Rosemary
Cheese parut (ikut citarasa masing-masing nak guna cheese apa)
Sedikit garam dan msg

Cara-cara
Perap ayam dengan sos soya, sos tiram, sos Lee Kum Kee, daun rosemary dan perasa selama 1/2 jam
Akhir sekali tabur cheese parut pada ayam yang diperap tadi dan bakar pada suhu 200 C selama 20-30 minit.


Ayam Goreng Lemon

Bahan :
250 grm isi peha ayam
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering – dipotong
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
sedikit kulit lemon dipotong memanjang
sedikit daun sup atau daun ketumbar
1 biji telur ayam
minyak masak secukupnya

Bahan Sos :
sedikit air – secukupnya
serbuk perisa ayam - secukup rasa
jus lemon secukup rasa
gula secukup rasa
Garam secukup rasa - bila perlu saja

Cara Masak :
Bersihkan ayam dan dipotong kecil kemudian perap ayam bersama 2 sudu besar sos tiram dan parutan kulit lemon selama 30 minit. 

Bersihkan bawang putih dan halia kemudian dipotong kecil atau dicincang.Sedikit kulit lemon dihiris nipis-nipis. 

Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan pukul sebiji telur kemudian celup isi ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Bagi buat sos panaskan minyak secukupnya dalam 3 sudu besar dan tumis semua bawang putih dan halia sehingga wangi . Masukkan cili kering kemudian masukkan air serta serbuk perasa ayam secukup rasa dan biar sampai mendidih. Masukkan jus lemon secukup rasa , gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati. Rasa jika ada bahan yang kurang seperti garam boleh lah ditambah.

Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau bila kuah dah pekat boleh terus dimasukkan semua ayam digoreng tadi . Taburkan daun sup dan hirisan kulit lemon tadi untuk xtra citarasa dan bau . Kacau semua bahan sehingga cukup rata dan boleh ditutup api dapur.


Ayam Goreng Rempah Mamak

Bahan-bahan
1 ekor ayam (1.6-1.8kg) | dipotong 10/potongan nasi kandar ( saya guna 900gm ayam/potong biasa)
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar*cili kering yang dikisar halus (saya guna cili powder)
3 sudu besar kisaran halus (bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + halia 2")
3 tangkai daun kari | potong halus
1kg minyak untuk goreng
Garam secukup untuk dirasa

Cara Penyediaan
Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang, bawang putih dan halia. Peramkan selama 1-2 jam.
Selepas diperam, gaulkan ayam dengan  tepung ubi kayu, tepung beras dan tepung jagung serta serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus. Jika tepung terlalu likat, tambahkan telur sebutir atau sedikit air. Peramkan selama 20-30 minit sebelum goreng.
Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. (ayam harus tenggelam dlm minyak)


Crunchy Cornflakes Chicken

Bahan-bahan:
2 kpg ayam tanpa tulang, dada ayam tanpa kulit ~ potong-potong kecil
1 / 2 sdt kasar Blackpepper
2 sdt paprika (jika tiada ganti dengan serbuk cili)
garam secukupnya
1 / 2 cawan susu segar
1 butir telur
1 / 2 cawan tepung gandum
sedikit garam
2 cawan Kellogg’s cornflakes – dihancurkan (kalau tak cukup tambah lagi)
minyak untuk menggoreng
mentega (jika membakar)
sos cili

Cara memasak: ~
Campur potongan ayam dengan Blackpepper, paprika dan garam. biarkan selama 1 jam.
Dalam mangkuk, kocok telur dengan susu, Tambah tepung gandum dan garam,kocok sampai adunan halus terbentuk.

Letakkas corflakes didalam pinggan datar.
Celupkan potongan ayam dalam adunan,golekkan dengan cornflakes,Deep fry sampai berwarna coklat keemasan / sehingga ayam masak. boleh makan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

* Jika anda suka bakar ~> celup ayam dalam adunan, salut dengan cornflakes,letak atas dulang yang dialas foil,sapukan mentega di atas ayam dan panggang pada 190 ° C selama 1 jam.


Chicken Cordon Bleu

Bahan-bahan :
4 keping ayam bahagian dada di buang tulang
100 gm bread crump
100 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1 sudu tepung beras
Garam
Serbuk lada sulah
4 keping chesse slice
Minyak masak.

Penyediaan sos:
1 sudu kecil tomato puri
50 gram sos tomato
50 gram sos cili
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
30 gram mentega
1 batang saderi

Minyak jagung (ikut kesesuaian)

Cara Memasak Chicken Cordon Bleu
Ayam dibersihkan, buang kulit.
Tebuk bahagian tengah dan gaul dengan garam dan lada sulah.  Hati-hati jangan sampai tebukkan tersebut berlubang.
Kepingan cheese dilipat empat dan dimasukkan ke dalam tebukan tersebut.
Tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras di bancuh dengan sedikit air.
Gaul ayam di dalam adunan bancuhan tepung dan golekkan di dalam bread crump ( serbuk roti )
Goreng api perlahan di dalam minyak yang penuh.

* Untuk sos, cincang bawang besar, bawang putih dan saderi kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan sos cili, tomato dan tomato puri, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan mentega. Gunakannya sebagai pencicah untuk daging ayam goreng.