:: Pulau Pinang ::

Bukit Bendera


Terminal Feri


Menara Komtar


Padang Kota Lama
Jalan Padang Kota Lama, 10200 Georgetown


Taman Rama-Rama
No.830,jalan Teluk Bahang,11050 Penang
Tel : 04-885 1253 / 6048 90 6885 (Online)
Web : http://www.buttwefly-insect.com/



Wat
Chayamangkalaram Temple (Sleeping Buddha Temple)
24, Lorong Burma, 10250 George Town


Cheong Fatt Tze Mansion
Bangunan yang dibina di sekitar tahun 1880 ini mempunyai 38 buah bilik dan kini merupakan sebuah hotel butik dan juga muzium, dua-dalam-satu!

Cheong Fatt Tze Mansion, No. 14 Lebuh Light 10200


Fort Cornwallis
Kubu ini terbina di tapak bersejarah di mana Sir Francis Light berlabuh buat pertama kali di Pulau Pinang pada tahun 1786.

Alamat
Kota Cornwallis,Jalan Tun Syed Barakbah,10200 Georgetown

Tel : 04-261 0260 / 261
Waktu Operasi
Waktu buka : 8.30 pagi hingga 7.00 petang
Bayaran Masuk : RM 1.00



Masjid Kapitan Keling
Namanya diambil sempena gelaran pedagang India-Muslim yang digelar 'Kapitan Keling', seorang pemimpin komuniti di awal tahun 1800.
24, Lorong Burma, 10250 George Town


Khoo Kongsi
Destinasi penting yang mesti anda kunjungi ialah bangunan Khoo Kongsi yang didirikan pada tahun 1906 merupakan tokong bagi suku kaum Cina yang terhebat di pulau ini.

Cannon Square,10200 Penang


Tokong Kuan YinAntara tokong Cina yang tertua di Pulau Pinang yang dibina dengan senireka yang indah dan halus dan sentiasa sibuk dengan pelawat serta pelbagai aktiviti.
Tokong ini terletak di pusat bandar Georgetown di Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt) di antara Lorong Stewart dan Lebuh Farquhar


Muzium & Galeri Seni Pulau Pinang
Muzium yang menarik ini mempamerkan bahan-bahan artifak bersejarah yang menggambarkan detik-detik terpenting di dalam sejarah Pulau Pinang.Muzium & Galeri Seni Pulau Pinang terletak di tengah-tengah bandar Georgetown di Lebuh Farquhar antara Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt) dan Lorong Cinta (Love Lane).

Kuil Sri Maha Mariamman
Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di George Town ialah salah satu kuil Hindu tertua di Pulau Pinang.
Lebuh Queen,George Town

Tel : 04-264 3404


Tanjung City Marina
Tanjung City Marina (TCM) di Pulau Pinang adalah pelabuhan dalam bandar pertama di negara ini.
No 8A Pengkalan Weld, 10300 Penang

Taman Herba Tropika
Salah satu tarikan popular Pulau Pinang ialah Taman Herba Tropika (Tropical Spice Garden) di Teluk Bahang.

Lone Crag Villa, Lot 595 Mukim 2,Jalan Teluk Bahang,11100 Penang


Muzium Perang Pulau Pinang
Saksikan sejarah silam sewaktu Perang Dunia Kedua, dalam pameran ini.

Lot 1350 Mukim 12 Batu Maung Daerah Barat Daya 11960 Pulau Pinang
Rumah Peranakan Pinang
Rumah Peranakan Pinang (Pinang Peranakan Mansion) mempamerkan warisan budaya Peranakan di Pulau Pinang.
29, Lebuh Gereja, 10200 Pulau Pinang


Batu Ferringhi
Hotel-hotel indah yang dilengkapi dengan kemudahan spa dan kolam renang berderet di tepi pantai di mana khidmat urut tradisional, aktiviti sukan air dan menunggang kuda ditawarkan.




Taman Negara Pulau Pinang
Apa yang menarik dan kurang diketahui pengunjung, taman negara yang terletak di Teluk Bahang ini dianggap taman negara terkecil dari segi keluasan berbanding taman negara lain di dunia.
Jalan Hassan Abas,Teluk Bahang,11050 Pulau Pinang

Destinasi Menarik Pulau Pinang
(Yang Murah dan Free Sahaja)

i) Hutan Lipur Teluk Bahang. Sesuai untuk mandi dan berkelah.Masuk percuma,selamat,selesa dan mudah meletak kenderaan.Banyak kolam. Sesuai untuk seisi keluarga. Ada Muzium Perhutanan (RM1 kot?)

ii)Muzium Tuanku Fauziah, USM. Edukatif dan terletak dalam universiti. Masuk percuma.

iii)Lapangan Terbang Bayan Lepas. Ingin melihat kapal terbang berlepas dan mendarat diatas kepala? Sila berhenti sebentar di tepi jalan yang menghubungkan Bayan Lepas dan Batu Maung berhampiran landasan kapal terbang. Kanak-kanak tentu sukakannya.

iv) Akuarium Nelayan Batu Maung.
Ingin memberi makan kepada ikan? Inilah tempatnya. Jika tidak mahu masuk ke dalam bangunan akuarium (RM4), pengunjung boleh membeli sepaket makanan ikan dan boleh memberi makan kepada ikan dan anak-anak penyu di luar. Bahagian luar bangunan adalah percuma.


:: Tempat Menarik Di Langkawi ::

Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.


Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.


Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut


Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm


Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm


Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm


Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm


Pelayaran ke pulau pulau
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559


Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .


Galeria Perdana Langkawi Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498


Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415


Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm


Komplek Budaya Kraf Langkawi Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913

Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .


Sungai Kilim Langkawi Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .



Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

:: Pangkor ::

Pangkor Bayview Beach Resort terletak di Pantai Teluk Nipah. Chalet ini mempunyai 15 unit Standard Room, 20 unit Deluxe Room dan 34 unit Family Room. Jumlah keseluruhan bilik adalah 80 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 250 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.

HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK
AHAD-KHAMIS
JUMAAT-SABTU
CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM
STANDARD ROOM
1 KATIL BESAR
(2 ORG)
RM105.00
RM125.00
RM160.00
DELUXE ROOM
1 KATIL BESAR
1 KATIL KECIL
(3 ORG)
RM130.00
RM160.00
RM220.00
FAMILY ROOM
2 KATIL BESAR
(4 ORG)
RM150.00
RM180.00
RM240.00


Pangkor Indah Beach Resort terletak di Pantai Teluk Nipah. Chalet ini mempunyai 14 unit Chalet dan 32 unit Hotel Room. Jumlah keseluruhan bilik adalah 46 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 150 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.

HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:
JENIS BILIK
AHAD-KHAMIS
JUMAAT-SABTU
CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM
HOTEL ROOM
2 KATIL KECIL
(2 ORG)
RM85.00
RM95.00
RM130.00

Pangkor Inn Chalet terletak di Pantai Teluk Nipah. Chalet ini mempunyai 11 unit Standard Chalet, 4 unit Chalet dan 1 unit Family Chalet dan jumlah keseluruhan bilik adalah 16 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 64 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.


HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:
JENIS BILIK
AHAD-KHAMIS
JUMAAT-SABTU
CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM
CHALET
1 KATIL BESAR
(2 ORG)
RM85.00
RM100.00
RM120.00
STANDARD CHALET
1 KATIL BESAR
(2 ORG)
RM95.00
RM120.00
RM180.00
FAMILY ROOM
2 KATIL BESAR
(4 ORG)
RM150.00
RM180.00
RM240.00

Purnama Beach Resort terletak di Pantai Teluk Nipah. Chalet ini mempunyai 18 unit Standard Chalet, 6 unit Smart Chalet, 1o unit Standard Villa, 10 unit Deluxe Chalet dan jumlah keseluruhan bilik adalah 44 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 280 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.

HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK
AHAD-KHAMIS
JUMAAT-SABTU
CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM
SMART CHALET
2 KATIL KECIL
(2 ORG)
RM85.00
RM95.00
RM120.00
STANDARD CHALET
2 KATIL KECIL
(2 ORG)
RM95.00
RM105.00
RM140.00
SMART VILLA
3 KATIL KECIL
(3 ORG)
RM105.00
RM125.00
RM165.00
STANDARD VILLA
3 KATIL KECIL
(3 ORG)
RM115.00
RM135.00
RM175.00
DELUXE CHALET
1 KATIL KECIL
1 KATIL BESAR
(4 ORG)
RM135.00
RM165.00
RM205.00
HOUSE STYLE
2 BILIK TIDUR
(10 ORG)
RM250.00
RM280.00
RM350.00
Palma Beach Resort terletak di Pantai Teluk Nipah. Chalet ini mempunyai 24 unit Standard Chalet dan 3 unit Deluxe Chalet. Jumlah keseluruhan bilik adalah 27 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 100 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.

HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:

JENIS BILIK
AHAD-KHAMIS
JUMAAT-SABTU
CUTI SEKOLAH
CUTI UMUM
CHALET
1 KATIL BESAR
(2 ORG)
RM85.00
RM120.00
RM150.00
DELUXE
2 KATIL KECIL
1 KATIL BESAR
(4 ORG)
RM140.00
RM180.00
RM250.00


 

:: Tempat-tempat Menarik Di Cameron Highlands ::

Gunung Brinchang
Pandangan panoramik daripada puncak Gunung Brinchang, juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.Belok ke kiri dari rumah jaga di jalan Sungai Palas Estate, dan kemudian ambil kiri dan memandu dengan berhati-hati kerana jalan sempit dan agak curam.

Jungle Walks
Merentasi Hutan Tanah Rata Dan Brinchang.
Terdapat banyak jalan rentas menarik di Highlands. Ada jalan rentas yang mudah dan ada pula mengambil setengah hari untuk menamatkannya, kesemuanya menyeronokan .Anda boleh memilih sendiri jalan rentas terbaik yang paling sesuai untuk anda. Pihak hotel dan rumah pelawat mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ini dan mereka mesra membantu.

Air Terjun(Robinson)
Walk Lorong 9 19A Tanah Rata .Bermula dari taman Persiaran Dayang Endah dan teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan. Dengan melintasi satu jambatan kecil pada sebelah kiri anda untuk memulakan perjalanan.

Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu  Ringlet
Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh.

Bharat Tea
Ladang Teh Bharat Ringlet  Jalan Tanah Rata Pemandangan ladang teh yang hebat dilihat dari Kedai Teh dan Cenderamata yang terletakkan sekitar 5 km dari Ringlet pada jalan utama.Tanah Rata
 
Tokong Sam Poh
Besar, direka dengan penuh hiasan tokong Buddha dibina megah di atas bukit pandangan panoramanya berlatarkan bandar Brinchang. Boleh sampai ke sini dengan mengambil simpang kiri pertama semasa meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km meninggalkan Brinchang ke arah Tanah Rata, dan memandu perlahan-lahan dilorong sempit sepanjang 1 km.
  
Tapak Semaian Bunga Ringlet Ke Kampung Raja
Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja. Kebanyakan tapak semaian bunga ini  membenarkan pelawat-pelawat untuk melihat pelbagai pilihan.

Butterfly Farm 
Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal.

Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.

Padang Golf
Padang golf 18 lubang ini memberi keselesaan kepada pelawat-pelawat untuk bermain tanpa bahang dan kelembapan paras laut. Padang ini cukup mencabar dengan green yang rumit dan pemukaan yang beralun-alun. Paling sesuai bermain pada awal waktu pagi kerana hujan lebat pada waktu tengahari adalah perkara lumrah.

Ye Olde Smoke House
Dengan keindahan hotel Mock Tudor dan restoran yang mempunyai ruang istirahat yang mengagumkan dihiasi  perhiasan antik British. Minum teh petang dan skon serta terdapat pondok telefon British yang berwarna merah berhadapan dengan hotel ini melengkapkan satu pemandangan yang menarik

The Lake House Rumah Tasik Habu dekat Ringlet
LakehouseHabu dekat Ringlet

Keindahan Hotel Mock Tudor telah siap dibina pada tahun 1972. Perabot dalaman yang bertema kedesaan rumah Inggeris. Dipersembahkan dengan begitu cantik serta seronok untuk dilawati.
Ladang Strawberi

EE Feng Gu Farm 
Ladang Teh Sungai Palas 
Panoramik indah  ladang teh yang di buka kepada pelawat  untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.