:: Kelantan ::



Bazar Buluh Kubu (Bazar Batik)

Mengunjungi kompleks membeli-belah tiga tingkat ini menjadi kemestian bagi mereka yang gemar membeli-belah dan mengumpul barangan kraf. Di sini, pengunjung dapat memperoleh barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniature, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang berpatutan di sini menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.

Pasar Siti Khadijah

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.

Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.

Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.

Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasarbasah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesame sendiri.


Pasar Gok Kapor

Nama Pasar Gok Kapor diambil sempena kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud sehingga sekarang.

Pasar Gok Kapor dahulunya terletak dihadapan lorong masuk ke Kampung Gok Kapor yang menuju ke sungai di mana terdapatnya pengkalan pengakutan sungai yang membawa penumpang ke seberang iaitu Kg. Palekbang dan Kg. Laut.

Terletak 2 km dari bandar Kota Bharu dan keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana makan laut serta ikan segar boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan serta kuih muih tradisional yang enak

Gerai Jagung

Gerai jagung terletak di Kampung Redang menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan jaraknya dari Kota Bharu 3.5 Kilometer.

Jualan Jagung rebus wujud sejak beberapa tahun yang lalu dan penjualan jagung hanya ditemui di Kelantan  dimana bilangannya antara 10 hingga 14 gerai.

Keunikan jagung rebus di sini ialah jagungnya direbus menggunakan kayu api dan dapat ditemui pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan musim jagung dengan harga yang berpatutan  bersesuaian dengan kualiti jagung yang dijual

::Suker Di Ungkap::

Sejak tahu berita semalam, aku tak tahu nak kata apa. Hati ini seronok sgt2 dengan perkhabaran tu..nak melompat je rasenya...Suke, suke, suke, suke sgt2....
Ya Allah...sekian lama aku mencari...kini aku telah bertemu dengan jawapan..
Teringin tuk bertemu, namun reaksi apakah y akan aku berikan andai d takdirkan aku bertemu dengan nya??Adakah dia telah berkeluarga?

Along...terlalu lama kita terpisah. Telah puas hati kesakitan mamendam rindu... dap puas menangis kerana rindu..rindu yang teramat rindu...ntah kenapa hanya Along yang d rindui sejak dulu hingga kini..
Along..along tahu x bertapa sakitnya merindu??? hati tak pernah jemu merindu. Walaupon pernah buang jauh nama Along, namun ia tak boleh d buang..sungguh Along, saya sentiasa mengharapkan pertemuan di antara kita..untuk ape??sy pon tak tahu, yang pasti sy ingin berjumpa....

:: Pesta Buku Di PWTC::

Petang tadi g Pesta Buku di PWTC. Semua buku yang aku nak semua dah aku dapatkan. tapi ada g 2,3 buah yang akan aku dapatkan lagi. Tapi tidak di PWTC la..cr kat kedai buku biasa2 je kot..mana cukup bajet nak berbelanja..huhuhu... Izar yang bawa. sekali ngn Ika...dekat 2jam gak dalam 2. Tapi xpusing habis...sbb kasihan kt diorg 2...penat berjalan.huhuh...kalau aku mmg syok giler kat tempat byk2 buku nie....xbeli xpa, janji dapat belek2 buku sambil2 curi ilmu.heheheh....

Sekejap je mase berlalu...dah nak naik kerja semula..xpuas la..Pesta Buku 1minggu...rasa nak g hari2 la pulak. Naik opis wt bertambah tension je...

:: Hari Yang Gembira ::

Ya Allah...setelah berbelas tahun aku dalam kerinduan pada yang tak pasti..mencari sesuatu yang aku sendiri tidak tahu bilakah pengakhirannya...kini aku temui jua. Walaupon bukan seperti yangku harapkan. Namun aku bersyukur Ya Allah...Terima kasih diatas semua ini...

Tadi Azlan msg di FB aku..dia bgtahu Angah anak makcik Norehan nak kahwin tak lama lagi...syukur.. Moga dia bahagia hendakNya... tapi Azlan kata Along kurang sihat. Dia sakit. Semuanya angkara dia pernah terlibat dalam kemalangan..dan ada effect di kepada dia.. Ya Allah.. ingin sekali aku bertemu dengannya.. ingin rasanya aku melihat keadaannya.. Mungkin aku tidak sempurna..kerna itu doaku tidak dimakbulkan... walauapapun, aku masih mengharapkan kebahagiaan dia dan kesihatan dia...

Azlan kata nanti dia akan bagitahu alamat Along bila dia dah tahu alamatnya nanti. Dan akan minta no.fon Along. Aku berharap aan bertemu dengan dia nanti.. Sungguh aku berharap. Kerna aku terlalu rindukan dia..

Along.. semoga awk kuat hadapi dugaan.. semoga awk gembira dan sentiasa dilindungi Allah... jdlah anak yang berguna dan abang yang baik...

:: Persediaan Perkahwinan::


CHECKLIST PERKAHWINAN


PERMOHONAN NIKAH

¨     Kursus Kahwin
¨     Sijil Kursus Kahwin Original & Salinan
¨     Borang Nikah
¨     Surat Akuan Bujang
¨     Ujian HIV
¨     Borang Kebenaran Nikah (Mr. Tunang)
¨     Salinan IC Wali (Ayah)
¨     Salinan IC 2 org Saksi
¨     Sijil Nikah Ayah & Ibu Original & Salinan
¨     Booking Jurunikah
¨     Lengkapkan Borang Nikah


MAJLIS RESEPSI

¨     Mak Andam
¨     Pengapit
¨     Catering
¨     Jurugambar
¨     Kek Kahwin
¨     Doorgift - Untuk Tetamu
¨     Doorgift - Untuk Family Pasangan
¨     Kad Kahwin
¨     Berinai
¨     Kanopi
¨     Kompang
¨     Petunjuk Arah
¨     Sound System



BARANG HANTARAN



       Pihak Perempuan

¨     Sireh Junjung
¨     Sejadah, Al-Quran
¨     Kemeja, Jeans
¨     Kasut
¨     Coklat
¨     Buah-buahan
¨     Handphone + Jam Tangan
¨     Buku agama
¨     Kek

Pihak Lelaki
¨     Sireh Junjung
¨     Mas kahwin + Cincin
¨     Handbeg + Kasut + Baju
¨     Telekung,Tafsiran Al-quran, Sejadah
¨     Coklat
¨     Buah-buahan
¨     Handphone + Kamera + Jam Tangan

:: Pengenalan Kita::

♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥

::Aku Rindukan Dia..Lalu Kupejamkan Mata::

♥ AKU RINDUKAN SESEORANG ,LALU KUPEJAMKAN MATA LANTAS KUUCAPKAN:

" Ya Allah, Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ 


~TERIMA KASIH ALLAH~

::Balik KK::

10 April 2012-Selasa
Aku nak balik kg...da ambik cuti Khamis & Jumaat. Hari Rabu kebetulan cuti Am. Ape g..ambik peluang cuti la..g pon lame xbalik.Aku naik bus jam 1035 malam...aku minta tolong member opis hantarkan ke Larkin.Nasib baik die sudi...terime kasih ye..hehehe...
Dalam bus dah sah2 la membuta..dah malam.nak wt ape g kan.tido la...tp setiap perhentian y bus berhenti aku sedar..time sampai d Tol Ipoh Utara pon aku sedar. Tu yang wt mata segar 2..wat ape die keluar kat tol Ipoh Utara..rupe2 nye ada org nak turun d Sg. Siput...pas 2 bus ikut jln dalam...terus blank otak aku tuk set mase samapai...terus aku call ayah suruh tunggu kat Stesen Bus KK..tp bus sampai dulu..tak pasal2 aku jadi penunggu kejap d stesen tu...mula la si otak nie pk y bukan2...segala jenis hantu jembalang keluar dr imaginasi aku sdri..huhuhu...aku sampai KK 0550 pagi..dah la org xramai.kdai2 xbukak g..mane la aku xpk y bukan2...nasib xlame jd penunggu..pas 2 pusing2 sat kat pekan KK..walaupon masih xda y bukak g..p pusing2 je la...pas 2 balik dah xleh nak tido...sbb dlm bus da bantai tido.

Pagi 2 pi makan kt luar..petang aku bantai tido,xsedar pakcik mai umh..tp bile dengar suara baby, terus segar mata nie..huhuh...sempat la dukung baby..huhuhu...
kalau nak bercerita time cuti pjg...jd x perlu la citer...aku balik jb hari Ahad 15 april 2012...bus kol 1135pagi..sampai JB kol 0710malam...tp disebabkan drever bus xmau berhenti kat Uda...aku sampai umh kol 0800mlm...nyampah betul la..bukan suruh berhenti depan umah.dah 1 jalan pon...ada bus stop g kat uda 2...geram betul.Ape2 pon aku selamat sampai JB....Isnin da mula keje...huhuhu...malas..malas...

:: Jalan2 Ke Kota Singa::

Ahad 8/04/2012
Pagi2 g sorg member nie call...dia tanya nk p Singapore ke x...sbb member die mau beli HP kat sana..katanya murah...dah alang2 ada "buku merah" aku on je la...huhuhu...gpon xda program hari 2..dekat kol 12tengahari baru Si Member mai umah...ingatkan nk gerak pagi2...hampir2 ingat xjadi g la...gpon mase 2 pk kalau xjd g pon xpe...huhuhuh..sbb ada citer hantu kol 3 ptg d tv 3..huhuh...
Kitorg g bertiga..naik bus d Larkin.Bus 170...Wahhh...penat giler bekejar ngn bus...agak nye xpuas main kejar2 time kecik2 kot....Sampai d Imigresen Malaysia tuk check "Buku Merah" nak bekeja naik bus balik...pas 2 samapi  Imigresen Singapo bekeja g tuk cop "buku merah" n bekeja tuk naik bus lg...penat giler...nasib bawa air...kalau tak..kehausan tau.huhuhuh....naik bus sampai Kranji MRT Station. Kat situ kitorg dah blur2..huhuhu...SEBAB???Sebabnye xtau nak kemane pas 2...last2 pakat p Taman Sentosa...tu pon dok bertanya ngn org...nasib baik la pakcik n makcik 2 ok..die y ajar cam ne nk naik MRT ke sana.Dari Kranji Ke Sentosa kene turun kat VIVO..padahal kat situ leh naik bus atau MRT free..tp xtau kat mane..last2 naik bus kat luar. $4 tuk ke Sentosa...kitorg turun d Universal Studios Singapore..ape g.Merayap la kat situ jap.Ambil2 gambar....pas tu ingat nak balik..sbb duit dah xda..nak ke taman sentosa xtau.Nasib bertanya..leh naik MRT free...sempat la p Taman Sentosa jap...dekat kol 5ptg baru bali...memang lepak gile...dah la mase kat MRT xda tempat duduk.kena la berdiri..dah cam kene denda berdiri time sekolah je...huhuh...sakit kaki tau..huhuhu....





Sampai Johor dalam kol 7 lebih.kitog p makan dulu kan McD Petronas.Tapi xdan nk rehat...member kawan 2 nak cepat sbb buahati nak jumpe..huhuhu...kelam kabut d wt nye...pas hantar kawan member..aku ngn kwn aku 2 lepak sat kt Perling Mall. Al maklum la...driver aku da penat n sakit kaki...biar die rehat dulu...kirog lepak kt Frutti Tutty Perling Mall...pas 2 sepakat nk urut kaki.Memamg best la urut time 2...dekat kol 9lebih baru die anta aku balik...ntah kol brape la si member sampai umah agaknye kan?tp memang best n memang lepak giler pas 2..

::Duit duit duit::

Kadang2 bila di fikir2kan, kerja di opis nie xda apa2 kebajikan or kelebihan pada pekerja..gaji xseberapa.Bukan niat nak bersungut atau mengeluh.tp itu la yang aku rasa..bukankah kerja untuk menyimpan..kalau bulan2 tinggal RM negatif. wat ape kerja kan. dah la dok jauh dari famili..duit tuk rumah, barang umah, makan minum, barang bulanan...tuk belanja jangan harap la...kalau nak beli sesuatu terpaksa berkira2 dulu..sekarang pon berkira2 tuk berhenti.bukan ape...xkan la aku kerja, tapi tengah2 bulan aku nak minta ayah duit pula kan?macam tak patut je...kalau berhenti same ja cam kerja sekarang.xboleh beli ape2 atau menyimpan..baik berhenti dari kan.coz balik kg semua d tanggung...kat sini semua berduit..kalau gaji xmencukupi, cam ne???

:: Haruskah Aku Memilih?? ::

Ape yang harus aku buat nie?? Hakikatnya memang salah aku pon... tapi kenapa jadi cam nie?? macam mana dia boleh suka aku nie?? 3tahun die tunggu. Macam tak percaya la pulak ada yang sanggup tunggu tanpa apa2 ikatan. Siap kata dia takut aku terlepas dari dia.. Ya Allah.. kenapa dia macam mengharap je nie.. Takut lak aku. Bukan apa, aku serba salah... tapi aku gak yang gatal kata aku xda siapa2 g... Tapi betul la, aku xda ikatan ngn siapa2 g... kahwin pon x lagi... 

Ya Allah... berikanlah aku petunjuk-Mu Ya Allah... permudahkan perjalanan hidupku dan dekatkan aku dengan jodoh yang telah Kau tetapkan untukku, Ya Allah... agar tiada hati yang terluka.. agar tiada derita di hati sesiapa... sesungguhnya aku tidak mahu ada sesiapa yang terluka hanya kerana aku.. kerna aku bukan sesiapa, melainkan hamba-Mu yang sangat2 kerdil dimuka bumi-Mu nie... sesungguhnya aku adalah insan yang tersangat2 lemah dalam menghadapi liku2 kehidupan ini...



M.A.N  @ H.H ...maaf kerna xboleh bagi jawapan pada awk...sy cuma boleh anggap awk sbg kawan saja.. xlebih dari itu...saya xbersedia...seperti dengan MyLove sy juga... xsedia langsung. Andai takdir telah menetapkan yang terbaik buat saya, saya terima..tp buat mase nie biarlah saya dengan MyLove sy dulu..kerna dia lagi lama dengan saya..susah senang telah saya lalui dgn dia...dia terlalu baik buat sy, dan xmampu sy sakiti dia...walaupon sy xpernah mengatakan sy cintakan dia..tp dia baik sgt2 pada sy...terasa kejam andai saya sakiti dia...