Ya Allah.. Kuatkan hati ini dalam menghadapi apa jua dugaan dan rintangan dalam kehidupan ini...
:: SahabatKu ::
Tika hati merindui akan dirinya... terasa sakit bagai tertusuk sembilu. Mengenangkan perjalanan dia.. kehidupan dia...
Sampai bila harus begini??? Menanti sesuatu yang tidak pasti.. Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin terjadi...
Malam... bawakanlah kerinduan ini kepadanya, agar dia dapat merasakan bahawa ada insan yang merindui akan dirinya...
Angin, bawalah pergi rasa rindu ini... agar malam ini aku dapat merasa tenangnya malam...
Hati, mengapa sukar untuk melupakan? sedangkan bertahun telah berlalu... Masa telah jauh memisahkan aku dan dia... Tapi mengapa masa tidak membawa pergi akan perasaan ini bersama masa2 yang telah berlalu???
Untuk seketika... aku ingin buang rasa itu... tapi mengapa terlalu sukar tuk aku membuang rasa itu...
Antara aku dan engkau....
kita adalah satu...
andai kita tidak ditakdirkan bersama...
tapi engkau sebahagian dari aku...
kau dan aku tak akan dapat di pisahkan...
bertahun lamanya kau dihati... tak mungkin ada insan lain mampu menggantikan tempatmu...
kau yang istimewa dihati ini...dari dulu hingga kini...
andai suatu hari aku menjadi milik org lain...
kau tetap d hati..kau tetap sahabatku...
insan yang paling istimewa..
:: Untuk Dia ::
Sampai bila harus aku terus mengharapkan sesuatu yang tak pasti.. Walaupun aku cuba buang jauh dia dari diri ini, namun dia terasa semakin hampir dengan ku. Tapi, khabar yang ku dengar sungguh xku sangka. Mustahil bagiku untuk mengharapkan dia jua mengingati aku seperti aku mengingati dan merindui dia.
Bagaimana dia menguruskan kehidupan dia di ketika ini? Dia sakit. Tapi sakit yang bagaimana? Aku teringin sangat2 bertemu dengannya. tapi takdir tidak mengizinkan. Dimana harus aku mencari dia? Khabarnya, Angah dah kahwin. Semoga Angah bahagia bersama insan tersayang.
Tapi Along bagaimana? Andai kata sebelum dia sakit dia ada kekasih, adakah kekasihnya masih disisi dia?
Along. Kenapa Along ambik benda tu!? Saya kecewa sangat2 Along. Saya sentiasa doakan agar Along akan jadi insan yang berguna. Tapi kenapa Along pilih jalan yang salah. Setiap saat, setiap masa saya ingatkan Along. Sakitnya hanya Allah yang tahu Along. Air mata menjadi peneman di kala malam pabila hati merindui Along. Tiap masa itu saya doakan segalanya buat Along. tapi bila dengar berita2 yang cam tu, hati terasa kecewa.. kenapa benda tu yang Along pilih?
Along, saya nak Along sihat macam dulu2... bila Along sihat nanti, Along lupakanlah benda tu.. jangan ambil lagi benda tu... gunakan peluang ke-2 sebaik mungkin, dan jadilah insan yang berguna... Saya nak tengok Along berjaya.. bukan kencundang di jalan yang salah...
Masih ada peluang Along.. gunakan peluang tu sebaik yang mungkin... Saya di sini sentiasa doakan Along.. Saya sentiasa merindui Along.. Sentiasa ada bersama Along..walaupun Along tak pernah tahu...

Subscribe to:
Posts (Atom)