Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang diabaikan.
  • Kehilangan orang yang sanggat kita cintai, yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli denganmu sama sekali.
  • Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta..dan tidak mengundangmu sama sekali.
  • Ketika orang yang paling kau sayangi di dunia..dengan sengaja tidak mengundangmu menghadiri perayaannya sehingga membuat orang terfikir kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang dilupakan.
  • Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik.
  • menjadi orang yang tidak mempunyai kawan walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
  • Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu yang paling dalam mentertawaimu didepan wajahmu.
  • Ketika kau memerlukan seseorang untuk memacu semangatmu, tapi kau menyedari bahawa seseorang masih peduli denganmu iaitu..kamu sendiri.
Hidup memeng penuh penderitaan, tapi akankah ini terbaik??
akankah semua orang saling peduli dan menyediakan waktu untuk mereka yang memerlukan???
  • Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan dipanggung yang besar yang kita sebut kehidupan.
  • Setiap orang punya kewajiban terhadap lingkungan sekitarnya untuk mengatakan kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak memperdulikan kawan-kawanmu.
Kau hanya akan diabaikan..dilupakan..seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka.

Ingatlah, begitu kita memasuki kehidupan seseorang, kita tidak dapat menilai kesedihan atau keputusan orang hanya dari segi ekspresi muka/fizikal. Kau perlu mengenalnya lebih dalam lagi, menghargai mereka dan tunjukkan kepada mereka kau peduli.

:: Kesedihan & Kegembiraan Itu Sementara ::

Adakalanya tiba masa-masa sulit, yang membuat hidup serasa penuh kepedihan & keluh kesah.
Namun, pada saatnya jua tibalah masa-masa kegembiraan, yang membuat hidup terasa ringan & terang..
Tanpa sedar bibir kita basah dengan senyuman.
Sesungguhnya kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan dan emosi-emosi lain hanyalah sementara.
Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang.
Tak selamanya kesedihan & kegembiraan melanda kita...semua itu datang silih berganti tanpa selalu dapat dinanti..

Yang perlu kita fahami adalah kesementaraan ini..
Kesementaraan menunjukkan bahawa emosi-emosi itu bukan milik kita..Ia hanya sebuah tawaran dari alam yang menuntun tindakan & sikap kita.
Ia bukanlah kita.Saat gembira sadarilah kegembiraan itu..SAat sedih, fahamilah kesedihan itu..
Saat kita penuh dengan kesedaran akan emosi kita..saat itu kita bersentuhan dengan jiwa yang tenang milik kita..

:: Ketawa & Menangis Sendiri ::

Kekadang orang xtau kita sedih..
Orang tengok kita ketawa dan gembira setiap hari..
Tapi dalam hati kita xsorang pun akan mengetahui..
Pernah seseorang berkata "kau menangis dan kau ketawa sendiri..kau xperlukan orang lain.."
Betul ke kita tidak memerlukan orang lain dalam hidup kita??

 
Tak semua perkara kita harus berkongsi dengan orang lain walaupun sahabat kita sendiri.
Tapi ada orang kata,"apa guna sahabat kalau xboleh kongsi suka dan duka, susah dan senang"

Tapi terkadang kita memerlukan sedikit ruang untuk diri kita sendiri.Kita sedih, kita xperlu tunjukkan yang kita begitu sedih..

Ada sessetengah orang menggunakan diary untuk mengungkapkan isi hati yang dia tanggung..cara macam nie pun ok gak..
Kita menangis, kita gembira, sedih dan macam2 perasaan yang kita rasa, yang xboleh kita luahkan pada orang lain..kita boleh luahkan kepada diary... (^^,)