:: Hari Yang Indah ::

30 Januari 2013 (Khamis)
Pas balik keje, Mr. R ambil aku d umh.. cadangnya nk jumpe n jln2 la..coz dia cuti. Dia kata nak masuk Singapore. So, kt bag mmg dah stnby "buku mereh" pagi2 g.huhuhu...dekat kol 6 ptg gak la baru gerak. Destinasi mula2 sekali umh makcik dia d Jurong. Magrib di umah makcik dia. Rasa dihargai bila adik sedara dia sudi solat sama2 ngn aku. Walaupun x berjamaah..
Pas solat baru gerak g jalan2..
Ntah mane tempat xtau..lepak dok ngadap laut..berdepan ngn Merlion Park. Tiba2 je ada pertunjukan Song Of The Sea cantik sangat... Mr. R kata, tu kali pertama dia tgk selama 6thn dia d Singapore..pertunjukan tu dalam kol 9.00 mlm xsilap...ambil masa dalam 30 minit atau 1jam gak la..tp mmg cantik.InsyaAllah, ada rezeki, ada jodoh aku & dia..aku nk kesana g..tp dgn ikatan la..hehehe..

Pas tu g satu tempat. Marina Bay Botanical Garden. kalau x silap la..Cantik tempatnya.
Kat situ dia luahkan perasaan.. aku xtahu nak kata apa, sbb aku dh xboleh nk memilih..melainkan bila aku x lg memakai cincin yang tersarung nie...
Tp hakikatnya..aku mmg rindu dia, aku syg dia..dan cinta juga utk dia..hanya Allah SWT yang maha mengetahui ape y ada d hati ini...

Aku takut aku xmampu terus menerus memaksa diri aku..

dalam kol 12mlm baru kuar Singapore..pastu g mkn dulu kt Skudai Kiri..mata ngantuk gak la..dalam kol 1.30pg baru dia hanta aku blk. Helmet dia pon dia suruh aku pegang..

Urmmm... Mr. R ada bertanya tentang hantaran aku.. bukan aku xtau sbb kan sume dah bincang masa mjls aku dulu.. tp aku masih berahsia ngn dia, sbb aku xnk dia hilangkan diri lagi... nanti aku rindu... aku belum bersedia kehilangan dia buat kali ke-2... itu hakikat.

::Secebis Kenangan::

Didalam ku menyusuri laluan kenangan lalu..
Terasa indah dengan apa yang pernah terjadi..
Hadirnya dikau dihatiku tak pernah ku sesali..
Kehadiranmu dulu pernah membuat kubahagia..
Kehadiranmu dulu pernah membuah hariku ceria..

Namun,
Dengan kehadiranmu kini..
Membuat aku berbelah bahagi..
Aku bahagia..tp aku tak mampu miliki...
Hariku indah..namun tak mampu bertahan lama..

Kenapa???
Kerana ada hati bakal terguris..
Ada hati akan kecewa..

Dalam bercinta pasti akan ada yang terluka & kecewa..
Namun, janganlah dikau atau dia yang terlukan & kecewa..
Sungguh aku kan terasa bersalah andai itu yang terjadi..
Andai hati ini berbelah bagi..biarlah aku sendiri yang terluka
Dikau kusayang & kucinta...
Dikau yang ku rindui tiap ketika..
Di dalam mimpi ku tercari2 bayangmu..

Namun dia...
Dia yang begitu ikhlas mencintai & menyayangiku..

Aku terima dia kerana aku pasrah didalam pencarian..
Aku terima dia kerna di mencintai aku..
Biarlah hati ini terasa kosong..
Asal ada yang rasa bahagia..
Biarlah diri ini merintih..
Asal ada yang gembira..

Namun, aku tetap berharap agar ada secebis cinta & syg dalam diri buat dia..
Semoga akan ku temui yang terbaik untuk hidupku..
Kerna ku ingin merasa bahagia bersama insan yang ku cintai..
insan yang ku sayangi...
insan yang mampu membuat hariku bahagia...
insan yang membuat hari2 ku terasa indah..

Namun, andai semua itu bukan untukku..
ku harap kau bahagia dengan jodohmu..


*** Terima kasih dengan kenangan ini..awk masih d hati sy..awk masih sy rindu..awk masih sy syg..tp sy tiada pilihan...sy xkan lupa kenangan ini...cukup buat sy bahagia..walaupun sekejap.Sy xboleh janji sy akan jumpe awk lg..kerna sy tkut perasaan itu akan wt sy alpa dan lupa..
Sabtu 19/1/2013 - pertama kali jumpe setalah sekian lama terpisa..terus jumpe fmly dia.. =) ada jodoh la tu.di awal pertemuan dpt restu org tua..hahahah... (berangan je la jwb nye...aku milik org.Dah terikat dah..)

Ya Allah..tenangkan hatiku.Tunjukkan aku pilihan terbaik didalam hidupku..kerana hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..jodoh pertemua telah Engkau tetapkan buat setiap insan..Engkau Lebih Mengetahui dengan pilihan yang Engkau tetapkan buat setiap insan..Andai M.I adalah jodoh ku..kau padamkanlah rasa yang ada dihati ini...jauhkan aku dari insan yang sentiasa b'tahta d hati..

::Hanya dia yang mampu::

Masuk hari ini, dah 2hari tanpa khabar berita dia...gila kan?hanya dengan dia aku selalu menghitung hari..
dari pengenalan yang pertama dulu..
Bukan aku xnak msg dia, tp aku takut mengganggu dia..aku takut dia xsuka aku msg dia..jadi, biarlah dia yang cr aku dulu..
Sedar x sedar, hanya dia yang bisa membuat aku ternanti2..tertunggu-tunggu..2hari tu terasa lama tnpa khabar dia.

Dulu, d awal perkenalan, dalam 2 minggu xsilap dia x msg selepas salam pengenalan..
adakah dia masih sudi berhubung dengan aku, atau sebaliknya?
aku mengharapkan akan perhubungan ini, tapi aku takut. Kerana aku tiada pilihan..aku xboleh miliki dia..


::Kau ku Rindui::

Didalam mimpi ku masih mencari..
Ada rindu yang bertemu..
Namun tidak pernah ku temui..
Engkau entah dimana..
Angin, sampaikan salam kerinduan ini kepadanya
katakan aku terlalu merinduinya..

Didalam mimpi ku tercari2
Insan yang selama ini aku rindui...
Didalam jaga ku menanti & mencari..
Didalam mimpi juga ku masih mencari..

Adakah kau merasa apa yang aku rasa?
Bertahun rindu ini ku pendam..
Namun tak siapa yang tahu..

::Ku Temui Jua::

Hampir 6 tahun berlalu..tapi tidak pernah aku melupakan..masih ada rindu pada dia..lagu2 dia sentiasa membuat aku tenang..tidak pernah aku jemu mendengar lagu dia..aku rindu dia.rindu sangat.
Aku jadi bertambah rindu bila terdengar Amy bercerita dengan kawan dia tentang live band. Aku terdengar cam kawan Amy sebut nama insan yang aku rindu. Aku nak mencari. Tapi tak tahu dimana nak mula..Bila aku bercerita dengan BFF aku, dia yang mencari. Siap add fb nye g..aku asal nye nak jenguk2 fb nye je..sbb aku serba salah tuk kwn ngn dia lg..tp bila BFF dah add..aku pon add gak la..tp aku xberharap dia approved aku jd frns dia.Al maklum la..dah wt salanh ngn dia dulu..huhuhu..

Hampir 6 tahun, namun pada 15/1/2013 (Selasa) dalam dkat kol 6ptg la..dia approved aku sbg frns dia d fb..dia tanya sama ada aku adalah aku ke. Tp aku x reply. Aku terkejut + takut gak nk mulakan persahabatan ngn dia semula..
tp, malam tu aku online, aku bls gak msg dia.Mulanya nak main2 je..tp aku yakin dia tahu siapa DA.So, sblm dia off line, dia bg no fon, katanya, kalau betul aku org y dia pernah kenal, msg dia. Mulanya aku xnak ambik pon no dia..tp bila d fikir semula, aku save gak la kt hp..niat asal xnak msg, tp bila fikirkan dia pon dah tahu siapa aku, so aku msg dia. Berbalas msg gak la kejap.
Esoknya dia msg. Dia tanya kehidupan aku. Dia nak tahu sama ada aku dah jd milik org atau tidak. Aku tak berani nak mengaku. Sebab aku ikat 2tahun, dan aku tak tahu apa yang akan berlaku. Jadi aku kata aku xda sesiapa. Hanya kwn2. Walaupon hakikat, aku dah xboleh nak memilih. Aku dah xdi beri pilihan untuk memilih.

Namun, di antara MyLove, Rino & Amy..Rino & Amy adalah yang lebih aku selesa dalam berkawan dan berhubung.Diorg lebih serasi dengan aku.Tapi aku xboleh pilih mereka.  

Rino pernah bertunang. Katanya baru 2tahun dia putus tunang.Tapi aku xpasti sama ada aku ingin terus berkawan dengan dia atau tidak. Kerana aku xkenal dia lg. Mungkin dia bukan mcm insan y pernah aku kenal dulu. 

Amy?mungkin aku akan berkawan dengan dia.Kerana aku selesa berkawan dengan dia.tapi harapnya dia xda niat tuk menjadi lebih dari kawan.Kerana aku xboleh terima dia.Bukan sebab xsuka.Aku suka dia, senang kwn dgn dia..tp cincin di jari nie yang melarang.Status hanya sebagai kawan je yang boleh.Lebih mmg xboleh.

Rino?urmm..sbnarnya aku takut tuk dekat dengan dia. Kerana ada getar bila namanya bermain d bibir. Ada getar bila kenagan lama bermain d ingatan. Ada rindu bila dengar lagu2 dia..aku pernah sayang dia.Kerna dia sejiwa dengan aku.Ada yang membuatkan kami serasi.Aku takut rasa itu kembali lagi.Kerana aku xpernah benci dia.Aku xpernah buang dia...

MyLove?urmm...aku pon tak tahu..dia xnk lepaskan aku.Dia kata dia sayang aku.Dia cinta aku.Aku serba salah.Dia terlalu baik.Dia layan kerenah aku.Dia ikut ape y aku nk.Aku betul2 jd serbasalah dengan dia.Tp kenapa dia tak pernah faham.Boleh ke aku pupuk cinta?Mungkin aku boleh sayang dia.Sebab ape?sebab dia baik ngn aku..tp kalau sayang spt sayang sbg kekasih...aku xboleh.dari dulu lagi..Tapi dia xnak faham.Atau mungkin dia sememangnya jodoh aku?InsyaAllah..aku akan cuba terima dia seadanya dia...


Aku & kenangan..ia menemukan kita..mungkin akan terus menjadi kenangan...
kau yang terakhir..andai jodoh itu milik kita..insyaAllah aku akan menjadi insan yang terakhir d dlm hidupmu..

Antara Aku & Dia

Tahun 2012 pergi dengan kenangan terindah...terpatrinya ikatan yang sekian lama terjalin. Baru la yakin hala tuju perhubungannya.. 

2013 datang dengan semangat yang baru.. kire status pon baru gak la... coz xleh bg harapan pada org lain g.. Arahan Sri Paduka Baginda, cincin di jari jangan d tanggalkan...huhuh..dia nk biar org tau sy nie dah ada y punya..ok.kali nie terpaksa la menurut perintah..sebab segalanya dah berubah..

Tapi xsemua tahu, sebab baru merisik je pon..insyaAllah dalam tempoh 2 tahun kami akan langsungkan majlis. Bukan pertunangan...tp nikah. Aku xnak tunang2..biar wt majlis kahwin terus. Mulai sekarang, aku kene wat persediaan awal...beli barang sikit2. InsyaAllah... Ada rezeki nanti tuk majlis. Kalau boleh akan d percepatkan.Mungkin xsampai 2 tahun..Ada rezeki, InsyaAllah dlm 1thn je...apa2 pun ikut kemampuan la..xda lebih2...nk dengar cakap org semua xkena..harap d percepatkan jodoh agar dapat menghindari dr perkara2 y xelok...