::Keliru::

29 Mac 2013, genap 3 bulan aku terikat dengan ikatan ini..
Tapi aku rasa kosong.. terasa semua nie hanya kesilapan yang tak seharusnya berlaku... Tapi aku tak mampu berterus terang. Kerna aku xnak dia kecewa. Walaupun apa yang aku rasa kini amat menyakitkan. Aku sakit dengan rasa sekarang nie. Aku rasa bersalah pada dia.. bersalah pada hati sendiri..

Aku ingat dengan adanya ikatan nie, aku boleh cuba terima dia... tapi ia membuatkan aku rasa makin jauh dari dia. Adakah ini dugaan atau hakikatnya hati ini tak mampu tuk menerima?

Yup. Dihati ini ada seseorang yang pernah hadir suatu ketika dulu...yang suatu ketika dulu pernah membuatkan aku bahagia.. tapi kini, dia bukan insan yang aku kenal dulu. Aku yang berubah, atau dia, aku pon tak pasti. Kerna aku dah tutup hati ini. Walaupun hidup nie kucar kacir tanpa khabar dia..tp dia takkan pernah tahu. Salahkah aku mencari dia disaat aku telah mempunyai ikatan?Tapi kehendak hati terlalu kuat. Aku rindukan dia. Tapi dia xkan pernah tahu. Rasanya biarlah dia tak tahu. Biar semua menjadi rahsia hati. Sakit memang sakit. Tapi dia sendiri xpernah endahkan aku..
Sebulan xjumpa dia, dia nk msg aku pun jarang. Kata rindu lagi la xpernah. Dan aku jua xpernah luahkan. Hanya air mata tuk aku luahkan bertapa aku rindukan dia...hanya dengan zikir,selawat tuk aku redakan sakit rindu pada dia...Dia mampu buat aku penasaran. Tapi adakah dia jodoh ku?


Sebulan xjumpa..kalau dia sayang, mesti dia akan ambik peluang walaupun sekejap tuk bertemu.Kan? Tapi aku kene sedar. Siapa aku pada dia...aku bukan kekasih dia...bukan kesayangan dia...
Tiap masa aku nantikan khabar dia...tp xpernah ada..ya...aku xperlu berharap.Kalau dulu aku pernah jd kekasih dia...tp sekarang hanya kawan.Mungkin hanya sekadar kenalan je...

Perlu ke aku lupakan dia???

::Frust::

Dekat 8 hari tanpa khabar dia..kenapa dia menyepi? Atau dia dah tahu status aku? Dia dah tak nak berhubung ngn aku ke? Kenapa aku rase segala semangat aku hilang tanpa dia?? Dari dulu lagi. Kenapa aku kene rasa lagi buat kali kedua?

Awak...sy sayang dan cintakan awk...sy yakin hati ini utk awk. tapi mungkin bukan jodoh kitakan. Saya redha. Saya tahu x sepatutnya sy bertemu dengan awk ari tu.. sy x sepatutnya berhubung ngn awk...tp hati berkehendak. Kerna hati terlalu merindu...

Awk takkan tahu bertapa sy merindui awk. Awk xmungkin akan tahu..

Kalau awk x ingin berhubung dgn sy lagi, sy xakan kacau awk. Lagipun sy bukan siapa2 pada awk..

Salah sy bila merahsiakan perkara y sebenar diri awk d awal pertemuan tu.. mmg salah sy..

Biarlah ape y sy rasa hanya sy y tahu..mungkin dia jodoh sy..walaupun tiada rasa dan perasaan..mungkin sy akan terus belajar menerima. Sedangkan masa jumpa awk hari tu, sy yakin sgt siapa y akan sy pilih. Tp npak nya sy tiada pilihan..

Wahai hati...andai kata dia bukan untukmu, bukakan ia pada y sudi menyayangi & mencintaimu..
Kecewa bagaimana sekalipun, org xkan tahu andai bibir sntiasa mengukikan senyuman...
hati.tabahlah hadari dugaan ini..

::HatiKu::

Along, kini terasa apa yang pernah berlaku berulang kembali...saya tak tahu siapa dia di hati saya..tp, bila dia menyepikan diri...hati ini resah & gelisah...dekat seminggu dia menyepikan diri..saya rindukan dia..Saya selalu kata pada diri, "mungkin dia sibuk" tp sampai bila saya nak peggang ngan kata2 tu...hampir seminggu, takkan 1 msg pon dia xleh send..saya nampak dia online fb..tp dia hanya menyepikan diri..dan bila dia hanya menyepikan diri..saya anggap dia x mahu diganggu..

Tapi bukan salah dia..dia xpernah cari saya. Dia pun xpernah berharap akan bertemu dengan saya lagi. depan saya dia mungkin boleh kata apa saja...tp hati dia??? Hati dia saya x tahu...hati dia bukan utk saya.. ingatan dia juga bukan utk saya... sebab saya bukan sesiapa pada dia...

Tapi dia xtak kan pernah tahu apa yang ada dihati ini sejak dulu... dan dia takkan pernah tahu..
Hanya saya yang kerinduan bila tiada khabar dari dia..hanya saya yang menghitung detik yang berlalu bila tiada khabar dari dia... xsampai 24jam tiada khabar dari dia, saya dah rasa bagai terlalu lama dia menyepikan diri..dia juga xkan pernah tahu yang msg atau panggilan dari dia mampu membuat hari2 saya terasa indah...dia xkan pernah tahu semua tu Along. Biar ia menjadi rahsia saya..dia xperlu tahu bertapa dia begitu istimewa d hati ini sejak dulu...

Tapi pertemuan kali ini bagai memainkan perasaan ini..andai saja saya xpernah bersetuju dengan pertemuan tuk kali ke-2 ini...semua ini xakan berlakukan?tuntu saja saya xmenanti khabar dia...msg dari dia...kini seminggu dia menyepi..dan saya juga akan menjauhkan diri dari dia..memang saya sayang dia. sayang sangat2..dia tahu saya sayang dia..kerna perkataan sayang bukan senang tuk saya luahkan..begitu juga rindu..

Along, malam nie sekali lagi saya xboleh tidur hanya kerana dia. Saya nk msg, tp saya tahu msg saya xkan berbalas..saya tak mengharap berbalas msg ngn dia sentiasa, kerna saya faham kerja dia...tp sekurang2nya sekali sekala hantar la khabar..saya benar2 rindukan dia...terlalu rindukan dia...tp dia xmungkin akan tahu..dan biar la dia tak tahu..kerna apa yang ada di hati ini tak penting tuk dia tahu...

Along, awk tahu tak, saya bahagia sangat dengan dia. Mungkin kami ada citarasa yang sama..walaupun dia mungkin x berapa mengenali saya..walaupun hakikat nya pengenalan kami agak lama..tp perpisahan d antara kami juga agak panjang..sepanjang perpisahan kami, hatinya pernah di miliki.dia pernah bahagia dan dia pernah kecewa...hati yang pernah d miliki dan pernah kecewa mustahil mampu d rawat dalam sekelip matakan?Andai saja dia kata suka kan seseorang, belum tentu dia bermaksudkannya...mungkin saja kerana hanya ingin peneman..mengisi kekosongan yang ada...

Along...perlu ke saya mengharap?perlu ke saya menanti?haruskah saya pejamkan mata dan pekakkan telinga dengan kata hati saya.Haruskah saya abaikan perasaan saya dengan memilih orang yang mengharapkan kasih dan cinta saya?Saya tak mampu untuk mencintai orang lain Along.Saya cintakan dia.Tapi adakah dia jodoh saya?Adakah dia yang bakal jadi imam saya..?adakah dia yang bakal menjadi pembimbing saya?Ketentuan Ilahi tiada siapa yang mengetahuikan?Namun, andai dia jodoh saya..saya harap d dekatkan hati kami...dipermudahkan perhubungan kami untuk mengikatkan perhubungan yang diredhai.. agar perhubungan ini halal bagi kami..

Along, andai kata awak ingat saya lg, awk doakan kebahagiaan saya ya?doakan agar saya akan bertemu jodoh dengan insan y menyayangi saya seadanya saya..mencintai saya kerana saya adalah saya...

saya akan sentiasa doakan kesejahteraan awk Along dari kejauhan ini...walau dimana awk berada...doa saya sentiasa mengiringi awak agar awk sentiasa sihat selalu dan sentiasa d lindungi..andai panjang umur n ada jodoh untuk bertemu....saya nak sangat bertemu dengan awak semula Along...awak y saya rindui selalu...selain dia y saya cintai.. =)