Permulaan Kehidupan Baru

19/12/2011-Isnin
Permulaan baru dalam kehidupan ini..bukan sebab dah kahwin. Tapi sebab malam nie aku mula duduk umah sewa...waaaa...sedih nye terpaksa tinggalkan bilik yang telah aku diami bertahun2...tp nk wt cam ne kan? ayah dh nk pindah Kuale.. xkan aku nk berhenti kerja pulak. Tapi andai kewangan tak mengizinkan..aku terpaksa berhenti kerja gak nanti. Apa2 pun aku mesti mencuba dulu.

20/12/2011
hari nie g opis dr umh sewa...waaa..rase semacam je kn.pelik pulak.dah cam mase stdy dulu.huhuhu...
ape2 pun "try the best" dulu dalam menguruskan kewangan dok menyewa nie. Jangan cpat mengalah. I'm The best.huhuhuh

Hati ini

ak tahu apa perasaMalam..kau bawalah rasa rindu ini kepadanya...
kerna aku tak pernah melupainya..dalam doa ku berharap dia bahagia..
Mungkin dia bukan sesiapa..tp hati nie teramat merindui dia...

Malam..
Bawa pergi rindu ini..
Agar aku tidak terseksa dengan kerinduan yang tiada penghujungnya..

Ya Allah..
Tetapkan hatiku agar aku lebih merindui-MU dari segalanya Ya Allah...
Hanya Engkau Ya Allah yang maha mengetahui apa yang ada di dalam hati..

Along...
Dimana awk berada kini..
saya doakan awk bahagia...
saya doakan moga awk berjaya dalam kehidupan..
saya pernah mengharapkan pertemuan di suatu masa dahulu..
tapi makin lama..saya pasrah..
saya tak mampu berharap lagi..
penantian satu penyeksaan..
merinduimu jua satu penyeksaan...


Along..
pernah suatu masa dulu saya harapkan semua ini hanya mimpi..
tp masa terus berlalu dan berlalu meninggalkan segala kenangan lalu...
kini..takkan saya berharap lagi...


Along..
andai suatu masa kita ditakdirkan tuk bertemu..
saya harap awk berada dalam keadaan baik dan sempurna dengan kehidupan awk...
siapa agaknya bunga di hati awk kn??


Along..
saya ada seorang kawan...
dia baik sangat.terlalu baik...
tapi..saya tak tahu apa perasaan saya pada dia..
memang saya sayang dia..sbb dia baik...
tapi saya tak tahu apa penghujung antara saya dengan dia...
dia bercakap..tp saya tak merasa kesungguhannya...


Along..
andai awk xmelupakan sy...
awk doakan y terbaik buat sy ya??andai dia jodoh sy..
awk doakan agar d permudahkan segala urusan tuk kami bina mahligai ya...
utk awk...
sy doa kan segalanya yang terbaik....

Kenangan November

Emmm...terasa rindu la dekat Mad Iki...anak buah aku tu...hari tu 26hb Nov 2011, Makdak,Kak Ayu n anak die Mad Iki mai JB...meriah betul umh dgn kehadiran budak2..sepatutnya aku bahasakan diri dgn gelaran "mak long" tp Iki panggil aku Kak Yang / Kak Su. Aku layan kan je la..petah gak die bercakap.Nakalnya bukan main.Sepanjang 2,3 ari di umah, die rapat ngn aku.Time jalan nk pegang tangan aku..kalau aku suap,dia makan je...tp ngn umi atau opah die,die xnak pulak.Bila dia dh balik..terasa sunyi lak umh...
Mad Iki...maklong windu la kat Iki...Iki windu x kat Kak Yang atau Kak Su nie??Windu x kat wan??
Mase dok umah maklong,suke ye die main n bual2 ngn wan die...
bila nk dtg g nie??
nanti bila jumpe t mst die dah besar kn...
seronok betul bila layan budak2...

Cinta Yang Dicari



Ntah bagaimana harus aku luahkan segala rasa ini.. Ingin ku laungkan pada semua apa yang terbuku dihati, namun aku tak terdaya.. Rahsia hati ini tak mungkin ada yang tahu..
Andai kau merasai apa yang aku rasa..
Andai kau tahu apa yang terbuku dihati..
Andai kau tahu bertapa beratnya kerinduan ini...

Cinta..
Adakalanya aku ingin merasa indahnya cinta..
Aku ingin dicintai dengan kata-kata yang mampu membuatku tersenyum..
Aku ingin dicintai dengan kata-kata yang indah..
Aku ingin diberi perhatian..
Aku ingin menjadi insan yang penting bagi sang pencinta..
Namun, adakah ia akan menjadi milikku??

Dulu..
Aku pernah merasa indahnya cinta..
Keceriaan hadir bila terdengar suaranya..
Indah yang hadir sepanjang hari..
Cukup indah...
Adakalanya malam ku di temani alunan suaranya..
Membuat malam ku ditemani mimpi-mimpi indah...
Bila terjaga, damai di rasa...
Namun, dia bukan milik ku..
Sungguh aku masih belum bersedia...

Kini..
Hadirnya seorang insan yang cukup baik pada diri ini..
Namun aku tak mampu menerima..
Dia baik. Tapi aku kekosongan...
Dia bukan insan yang Romantik, yang memahami..
Mana mungkin aku meluahkan apa yang aku rasa..
Mana mungkin aku meminta apa yang aku mahu..
Dengan dia, kadang2 terasa diri diabaikan..
Mungkin begitulah jua yang dia rasakan??
Tapi dia tak pandai bercinta...
Aku bosan..Aku tak perlukan apa2..
Tapi cukuplah sekadar aku dihargai.. diberi perhatian.. dibuai dengan kata2 indah..
Andai benar mencintai diri ini.. kenapa tak dijadikan insan terpenting selepas family dia...

Ah. Mana mungkin aku samakan cinta dia dengan cinta insan yang pernah membuat aku bahagia..
Mereka berlainan...
Yang pernah membuat aku bahagia..dia insan seni..penuh dengan kata2 cinta.. kata2 romantik.. penuh kemanjaan... dan sentiasa inginkan perhatian...
Dia... emm.. ntah. Kalau nak jumpa pun bila aku yang wat planing... bukannya dia..

Melaka

Menarik Di Melaka

Muzium Senibina Malaysia

Cadangan awal penubuhan muzium ini adalah supaya diadakan satu tempat pameran bagi menempatkan model dan maklumat asas bangunan-bangunan penting dan bersejarah negara ini. Konsep yang dinamakan „Malaysia in Miniature ini kemudiannya terus dibincang bagi mencapai tahap perisian dan skop serta teknik persembahan yang lebih terancang. Akhirnya lahirlah Muzium Seni Bina Malaysia seperti yang ada pada hari ini.

Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman pembesar Belanda dan Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan pejabat terakhir yang menggunakan bangunan ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Muzium ini kini ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan.

Objektif

Muzium ini ditubuhkan untuk menyediakan maklumat asas yang menekankan taburan seni bina lama dan baru yang terletak di seluruh negara. Melalui maklumat serta peragaan ini, pelawat dapat memahami perkembangan senibina negara dengan mudah serta mempunyai pilihan untuk membuat lawatan susualan ke lokasi sebenar sekiranya perlu.

Dengan bantuan nasihat dan penglibatan beberapa orang ahli akademik, muzium ini dapat menyediakan maklumat yang lebih informatif serta bercorak akademik agar ramai kumpulan sasar yang beroleh faedahnya. Dalam perancangan jangka panjang, muzium ini juga mampu berfungsi sebagi pusat sumber utama untuk menjalankan penyelidikan berterusan ke atas senibina peting di rantau ini. Oleh kerana ruang yang terhad serta keadaan bangunan yang berbilik-bilik, pihak muzium terpaksa menyesuaikan aliran cerita sepeti yang ada sekarang iaitu skop dan tema pameran disusun bermula dari senibina kaum peribumi ke zaman penjajahan sehinggalah ke zaman kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Selain keterangan teks, gambar dan ilustrasi, peragaan bahan 3D, mural dan model-model bangunan tepilih juga dipamerkan.

Perkampungan Portugis

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.

Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.
Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
Terdapat juga satu bahagian di taman ini yang dikhaskan untuk pemeliharaan lebah madu. Walaupun lebah secara amnya tidak akan mengganggu manusia, pengunjung di nasihatkan supaya berhati-hati apabila melintasi kawasan tersebut.

Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Buaya Melaka
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450, Melaka

Tel: +606-232 2349 / 232 2350
Faks: +606-231 9136

Zoo Melaka Dan Zoo Malam

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.
Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.

Bayaran Masuk:
Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan: Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang) Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) (2 petang - 3 petang)
*Tiada bayaran di kenakan

Interaksi Bersama Gajah: Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu: RM 2.00 Memberi gajah makan : RM 2.00 (11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)

Menaiki Kuda/Gajah:
Dewasa RM2.00
Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja)

"Free-Ranging" Orang Utan
Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
9.00 pagi - 5.00 petang

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Zoo Melaka
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : +606-232 4053/ 4054
Faks: +606-232 5859
Laman Web: http://www.zoomelaka.gov.my/
Taman Mini Malaysia

Taman Mini MALAYSIA
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri. Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Bayaran Masuk:
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 5.00 petang
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 1334
Faks: +606-232 1335

Taman Rama-Rama & Reptilia

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.
Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.
Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

Bayaran Masuk
Dewasa RM5.00
Kanak-kanak RM3.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
Ayer Keroh 75450, Melaka
Tel: +606 232 0033
Faks: +606 232 9977

Menara Taming Sari

Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket : Dewasa : RM 20.00 Kanak-Kanak : RM 10.00
Masa Operasi : 10.00 am-10.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Menara Taming Sari Berhad,
Jalan Merdeka, Banda Hilir,
75000 Melaka.
Tel No. : +606 288 1100 / 281 3366

Dataran

Dataran, an interlocking area with the dimension of 46m x 88m is positioned in front of MITC. This open-air site is complimentary parking area for visitors. However, this site has the prospective for organizer to propose an outdoor concert, road-shows, fun fair, bazaar, archery competitions, youth sports competition and more.

Mahkota Parade

Senibina pusat membeli-belah Mahkota
Parade yang bercirikan pengaruh rekabentuk
Portugis dan Belanda. Tempat letak kereta
sebanyak 1,195 petak mampu menampung
para pelawat dari luar Melaka.
Bangunan tiga tingkat ini dipenuhi dengan
200 kedai retail seperti Bonia, The Body
Shop, Seed, Levis, Rest & Relax, Giordano, and Marie France Bodyline yang
menawarkan pelbagai barangan kepada semua pengunjung.

Mahkota Parade
No 1, Jalan Merdeka
Bandar Hilir
75000 Melaka
Tel: +606-282 6151
Fax: +606-282 7305

Lokasi :
Terletak di tengah Bandaraya Melaka. 25 minit daripada Tol Air Keroh.

Pengangkutan :
Terdapat kemudahan teksi dan bas. Nikmati pemandangan sambil mengambil beca
atau berjalan kaki ke Mahkota Parade.

Waktu operasi :
Ahad - Khamis 10.00am - 10.00pm
Jumaat dan Sabtu 10.00am - 10.30pm

Kota AFamosa (Porta de Santiago)

Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.

Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.

Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota, 75000 Melaka.

Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
E-mel: admin@perzim.gov.my
Laman Web: www.perzim.gov.my

Melaka Sentral

Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar
Peringgit. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan
pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak.
Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya.
Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Setiap
bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian
ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera
serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak
diantara dua bahagian ini. Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk
perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula,
terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Untuk mereka yang ingin
berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan
domestik di terminal teksi.
Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di
bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel: +606-288 1323/1321

Kedah

TEMPAT MENARIK DI KEDAH

Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.

Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.

Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.

Setelah penat berjalan, anda boleh pergi ke Pekan Rabu untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terletak di negeri Kedah ini. Antara yang boleh saya sebutkan ialah seperti; Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di Air Panas Ulu Legong ,Baling; Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim , Kulim, Air Terjun Perangin di Sik, Air Terjun Junjung, Kulim; Lata Mengkuang, Sik; Air Terjun Lembah Bujang, Merbok; Rekreasi Tupah, Merbok dan tidak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung jerai.

Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman. Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.

Pahang

TEMPAT MENARI DI PAHANG

Cameron Highlands
Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.

Taman Negara
Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.

Bukit Fraser
Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.

Gunung Senyum
Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan

Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.

Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.

Pantai Cherating
Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat.

Sarawak

TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.

Taman Negara Bako
Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.

Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawakini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

Sabah

TEMPAT MENARIK DI SABAH

Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.

Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.

Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.

Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.

Terengganu

TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencilPulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa

Putrajaya

TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

Wetlands Putrajaya
Salah satu tempat yang menarik di Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya, Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.

Masjid Putra
Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.

Dataran Putra
Dataran Putra adalah diameter berkeluasan 300 meter dan dihiasi dengan motif tempatan, air dan ciri lampu. Ia mempunyai 11 bintang yang mewakili 11 negeri ketika Malaysia merdeka. Ke semua 13-titik lain yang melambangkan 13 negeri di Malaysia hari ini, sementara 14 bintang mewakili negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Taman Botani
Taman Botani merupakan salah satu taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari 700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.

Perak

TEMPAT MENARIK DI PERAK
Taman Tasik Taiping
Taiping Lake Garden
dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.

Kellie’s Castle
Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak. Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William Kellie Smith.

Teluk Intan Leaning Tower
Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung.

Gua Tempurung
Terletak di Gopeng, sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam Gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah

Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana.

Kuala Selangor

TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR

Bukit Malawati

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Makam Anak Dara

Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ

Makam Diraja

Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)

Perigi Beracun

Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.

Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.

Batu Hampar

Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.

Busut Malawati

Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.


Tempat Melihat Anak Bulan

Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.

Bukit Belanda

Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

Kota Malawati

Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.


Perkhidmatan Keretapi

Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM3.00 sahaja.

Kelip-Kelip Kg. Kuantan

Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.

Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.

Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.

Kelip Kelip dan Pohon Berembang

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.

Kampung Kuantan

Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.

Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.

Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama 45 minit. Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di persekitaran Kuala Selangor.

Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang). Walaubagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.

Kemudahan Awam

Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak.Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.

Tempahan & Pertanyaan

Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-

Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
E-mail : ydp@mdks.gov.my / sumd@mdks.gov.my / msaad@mdks.gov.my
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101

Kadar Bayaran

Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)
RM 40



Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.

Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.

Pada bulan September hingga April setiap tahun taman ini akan disinggahi oleh burung-burung dari luar negara yang akan bersama-sama burung tempatan menjalani penghidupan.

Diantara spesis burung tempatan yang menjadi penghuni tetap di taman ini ialah , burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau, helang bahu hitam dan sebagainya. Manakala burung-burung yang berhijrah pula ialah, purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler, purple swamphen dan banyak lagi. Kehadiran burung-burung ini menjadikannya sebuah lokasi yang paling menarik unutk dilawati sambil menikmati panorama fauna dan flora yang begitu banyak disini.


Aktiviti dan Kegiatan Agro di Taman Alam

Melihat Pelbagai Spesis Burung
Salah satu daripada aktiviti yang menarik di Taman Alam ini ialah meyaksikan pelbagai spesis burung dari dalam dan luar negara. Untuk mengikuti aktiviti ini anda harus mempunyai teropong dan sudah tentunya kamera untuk tidak melepaskan peluang merakamkan gambar burung-burung yang cantik atau saat-saat manis anda. Pastinya anda akan terpegun dan leka seketika apabila menyaksikan berbagai gelagat burung di alam semulajadi. Beberapa buah pondok khas dibina untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung yang berminat menyaksikan keriangan mergastua yang beterbangan bebas. Hujung minggu sudah tentu lebih bermakna dan memberi anda suatu pengalaman yang baru jika anda bersama teman atau keluarga berkunjung ke taman ini.

Hutan Bakau
Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, sudah pastinya kunjungan anda ke Taman Alam Kuala Selangor tidak mengecewakan. Hutan paya bakau yang terbentang seluas 95 hektar menanti untuk diredah dan membongkar segala rahsia dan misteri. Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis haiwan liar di taman ini. Pokok-pokok kayu bakau yang hidup subur disini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri disamping ketahanannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh yang demikian hutan ini berbeza dari hutan hujan tropika sudah tentu akan mencabar fizikal, semangat dan mental anda.

Aktiviti Mencari Siput
Sebuah tasik buatan manusia seluas 20 ekar menanti kedatangan anda. Keistimewaan tasik ini , terdapat banyak siput sedut, siput roman dan siput beliung disekitarnya. Pengunjung tasik ini berpeluang mengutip siput-siput ini sebagai salah satu aktiviti rekreasi. Kewujudan dan kehadiran siput-siput ini adalah kesan daripada keharmonian alam semulajadi yang tidak diganggu oleh sebarang pencemaran.

Melihat Biawak Besar
Reptilia ini hidup secara semulajadi dengan habitatnya dan bebas dari sebarang gangguan. Walaupun biawak merupakan ancaman bagi penternak ayam dan itik tetapi kehidupannya di sini tidak memberi ancaman kepada sesiapa.

Monyet, Lotong dan Kera
Monyet, Lotong dan Kera merupakan musuh kepada manusia di atas pelbagai sebab. Bagi para petani pula ianya merupakan ancaman kepada tanaman mereka dan kadangkala haiwan ini akan bertindak ganas. Secara umumnya terdapat dua jenis spesis yang terkenal yang senang dapat dilihat di sini iaitu ‘Makonka’ dan ‘Long Tail Silver Leaf’ . Walaupun haiwan ini adalah dari keluarga yang sama namun ia mempunyai sifat berbeza. Kera bersifat ganas dan suka menghidu. Terdapat beratus-ratus ekor kera ditaman ini . Anda akan dapat menyaksikan gelagat mereka yang hidup liar. Manakala lotong pula merupakan haiwan yang jinak . Anak-anak lotong berwarna ‘oren’. Haiwan-haiwan ini hidup dengan bebas dengan memakan pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan hutan yang terdapat disekitarnya.

Melihat Ikan
Tasik yang luas ini mengandungi berbagai spesis ikan seperti talapia, belanak, siakap dan udang. Tapi awas, anda tidak dibenarkan untuk memancing ikan disini, tetapi para pengunjung dibenarkan untuk bermain-main dengannya. Tasik ini juga ditumbuhi oleh tumbuhan seperti kangkong, keladi dan teratai.

Sangkar Besi
Burung-burung yang spesisnya diancam oleh kepupusan mendapat perlindungan di sini. Sebuah sangkar besi gergasi dibina disini untuk menempatkan burung-burung tersebut supaya ia dapat berkembang dan membiak secara terkawal.

Aktiviti-Aktiviti Alam Sekitar
Bagi para pengunjung yang datang secara berkumpulan , anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat juru pandu, agar anda berpeluang menimba pelbagai pengetahuan asas tentang pemeliharaan ekosistem dan alam sekitar. Selain itu pengujung juga turut akan dididik bagaimana untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang seperti kertas yang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ekosistem dan alam sekitar. Usaha-usaha menanam semula hutan turut dijalankan bagi tujuan untuk memelihara keindahan dan keseimbangan ekosistem yang sedia ada. Hutan merupakan satu jalinan rantaian yang penuh harmoni dan mengandungi pelbagai khazanah yang berharga. Pemeliharaan dan pemuliharaan dijalankan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Kunjungan anda akan mencetuskan rasa kesedaran terhadap kepentingan hutan kepada manusia serta kesalingan antara manusia , flora dan fauna.

Nature Hunt
Nature Hunt adalah merupakan acara yang berbentuk permainan . Acara ini boleh dijalankan secara berkumpulan dan menjadi satu aktiviti rekreasi yang bertujuan untuk mengenali hutan dengan lebih dekat lagi. Segala panduan dan maklumat yang berguna dapat digunakan untuk mendalami pelbagai persoalan mengenai hutan.

Aktiviti Lain
Taman Alam Kuala Selangor menjadi pusat penyelidikan mengenai kelawar, kupu-kupu, burung dan hal-hal lain yang berkaitan alam sekitar. Di Taman ini juga disediakan pakej pendidikan mengenai alam sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, mestilah berkumpulan yang sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang.


Homestay Sungai Sireh

Peserta Program Homestay Sungai Sireh, berehat di sawah yang luas terbentang

Sungai Sireh Homestay menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi menyambut kedatangan anda, deruan sungai mengalirkan air bersih lagi segar. Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Jumlah bayaran penginapan dan aktiviti di Homestay Seri Gambut, Sungai Sireh.



Penginapan di Homestay
Bil
Harga
2 Hari 1 Malam
RM 100
3 Hari 2 Malam
RM 200
* makan dan minum di Homestay disediakan


Aktiviti Rekreasi
Aktiviti Lawatan
Persembahan Kebudayaan
Perkhemahan (tapak)
RM 4.00 (seorang)
Jungle Traking
RM 6.00 (seorang) atas 10 orang
Berkayak
RM 5.00 (seorang / jam)
Menaiki bot menyusur terusan
RM 50.00 (4 orang)
* kos bayaran jurulatih kayak RM 100.00 / hari
* kos bayaran bot keselamatan RM 60.00 / hari
Lawatan ke Sawah Padi
RM 1.00 (seorang)
Lawatan ke Logi Benih Padi
RM 1.00 (seorang)
Lawatan ke Kilang Kerepek
RM 1.00 (seorang)
Lawatan ke Kebun Sayur
RM 1.00 (seorang)
Lawatan ke Kelip-kelip Kg. Kuantan (termasuk tambang dan tiket )
RM 20.00 (seorang)
* untuk guide lawatan 1 kumpulan RM 50.00
* untuk lawatan hendaklah melebihi 20 orang
Persembahan Silat
RM 200.00 / kumpulan
Persembahan Kompang
RM 100.00 / kumpulan
Persembahan Tarian Melayu
RM 150.00 / kumpulan
Persembahan Hadaro
RM 150.00 / kumpulan
Persembahan Cempuling
RM 100.00 / kumpulan
Persembahan Pengantin Melayu
RM 400.00 / kumpulan
(full set)


Sila Hubungi:

1. En. Abu Bakar b. Hj. Moin               
    Tel: 019-3467372 / 03-32696995
    Fax: 03-32696995

 2. En. Salamat b. Surib                      
      Tel: 013-3051470

 3. En. Marwan b. Ahmad                    
      Tel: 013-6045072