Ya Allah.. Kuatkan hati ini dalam menghadapi apa jua dugaan dan rintangan dalam kehidupan ini...
Sudirman - Jauh Di Sudut Hati
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi,mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya,aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang...biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan hingga sampai waktu nafas terakhirku..
Along, rindu ini datang lagi.. terasa sukar untuk bernafas kala rindu ini mengamit di sanubari..
Sakit.Sakit rasanya menanggung rindu ini..Saya rindu..tapi saya tak mampu meluahkan..
Ingin rasanya saya berkongsi cerita..cerita tentang perasaan ini..rindu ini...tapi pada siapa?
Hati merintih kerinduan..tapi tiada siapa yang tahu..
Hanya berharap..rasa ini tidak melebihi dari segalanya..
Kerana rasa ini milik Allah..
Along, ada waktunya saya berharap nie semua adalah mimpi..sampai waktu nanti..saya akan terjaga dan saya akan bertemu awak lagi..tapi hakikatnya masa terus berlalu meninggalkan kisah kita..kisah kita dah berlalu hampir 20 tahun..
Along, walau dimana pun awak berasa..saya doakan kebanagiaan awak..semoga awak akan sembuh dengan izin Allah..
InsyaAllah..saya akan terus berdoa untuk awk..biar sang bayu terus membawa rasa rindu saya pada awk..
Tiba2 teringat
Entah kenapa hati nie tiba2 teringatkan dia yang telah lame aku lupakan.. kenapa perlu ada rasa rindu pada dia?sedangkan dia dah lama bahagia dengan kehidupan dia..kenapa hati ingin menyebut nama dia?Sudah la..dia hanya masa silam. Insan yang mengajar tentang cinta.. tak perlu di kenang lagi..
Along, kenapa tibe2 hati nie terdetik nama dia?dalam masa yang sama..sy juga rindukan Along.. Rindu juga pada kekasih hati..cuma rindu pada dia xmampu sy luahkan..biarlah sampai masa dan ketikanya..baru sy luahkan..pengalaman dh mengajar banyak perkara..sy jadi takut. Adakalanya sy nk sangat dia tahu bahawa sy rindu dia sgt2..
Along, sy xpasti awk ingat sy lg atau x..tp andai pernah terlintas d fikiran awk tentang sy..doakan kebahagian sy ya?Sy harap satu hari nanti sy dapat bertemu awk..sy nak sgt2 berjumpa awk..walaupun hampir 19tahun sy xjumpe awk..tp sy xpernah lupakan awk..mungkin x semua kenangan bersama awk sy ingat..tp kenagan lalu masih bermain di ingatan..
Along...awk adalah insan pertama yg mengajar sy tentang erti rindu..kerana rindu..sy kene kuat. Pada Allah SWT sy berdoa untuk kuatkan hati menempuh rase rindu yg menggila.. terlalu sakit bila merindu. Lagi sakit bila ia tak mampu diluahkan..
Ada masa..bila tgk budak sekolah balik berpasangan..sy teringatkan awk..
Sebab dulu kita kesekolah berdua..kadang2 bertiga..
Sy rindu sangat2 kat awk.. kalau lah awk boleh dengar.. kalaulah awk boleh rasa..
Wahai bayu..sampaikan rindu ini pada dia yg berada disana..katakana padanya..diri ini terlalu merindui dirinya..
Tentang Rambut
Tetapi tahukah anda dengan
membasuh rambut setiap hari terutama menggunakan syampu boleh menyebabkan
rambut semakin rosak dan kering.
Rambut akan kelihatan cantik
berkilau apabila minyak semula jadi dari kulit kepala menyentuh hujung
rambut.
Disebabkan itulah kebanyakan
pakar rambut menyarankan agar mencuci rambut dua atau tiga hari sekali saja
kerana dengan cucian yang terlalu kerap boleh mengakibatkan lembapan pada
rambut hilang.
Pelbagai tabiat diri boleh
menjejaskan kesihatan rambut, antaranya:
Menyikat rambut mampu membuatkan ia bersinar
Memang benar, menyikat rambut
boleh membuatkannya bersinar tetapi hanya dengan menyikatnya beberapa kali saja
untuk membentuk rambut dan menyegarkan minyak semula jadi dari akar hingga
hujung rambut.
Jika rambut disikat berlebihan
akan menyebabkan kerosakan dan rambut mudah patah.
Mengikat rambut di tempat yang sama
Tidak salah mengikat rambut,
tetapi cuba mengubah tempat ikatan dilakukan menggunakan pengikat yang elastik
dan tidak menyebabkan rambut terlekat padanya.
Selain itu, untuk penjagaan
rambut yang baik, longgarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan
kepada akar rambut kerana ia
boleh menyebabkan rambut terputus.
Mengikat rambut menggunakan gelang getah
Jangan sesekali melakukan perkara
ini walaupun terdesak kerana ia penyebab utama rambut terputus.
Tidak menjaga kulit kepala
Selain rambut, kulit kepala juga
penting dan perlu diberi perhatian. Urut secara lembut kulit kepala untuk
melancarkan peredaran darah. Kulit kepala yang sihat membuatkan rambut juga
sihat bersinar.
Menggunakan sikat yang tidak sesuai
Pilihlah sikat yang sesuai untuk
jenis rambut. Lebih panjang rambut dimiliki, panjang sikat yang diperlukan juga
perlu berpadanan dengannya.
p/s : copy paste Metro 6/2/14 (Khamis)
Labels:
Pengetahuan
Kulit Wajah Gebu & Bersih
Penggunaan sumber semula jadi
sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada
manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda
tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk.
Cara tradisional ini akan
menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu,
anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional
yang boleh dilakukan ialah.
Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu
untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil
lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke
wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau
cela keluar.
Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah,
ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian
bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin
kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih
gebu.
Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat
dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih
dan segar.
Caranya dengan memerah air limau
nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu),
kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering.
Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang
ketara.
Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini,
ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan
sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali
pada seluruh wajah dan bilas.
p/s : artikal nie copy paste dr Metro hari nie.. 6/2/14 (Khamis)
Labels:
Pengetahuan
Subscribe to:
Posts (Atom)