Pilihan
1:
Ambil
sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian
campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan
minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui
gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut,
biarkan ia kering
sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktuberpantang ataupun ketika
waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai
bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari
berturut-turut selepas bersalin.
Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam
dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam
pantang.
Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar
halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun
kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3
sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada
hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya.
Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/
ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut
bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik
juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit
sendi.
Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan
air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh
berpantang.
Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia
dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya
makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam
badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Pilihan 8:
Daun jambu serta kapur sirih
digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang
memuaskan.
Pilihan 9:
Ambil lada hitam
lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi
tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul
sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau
ketat.
Pilihan 10:
Tambahkan 2 sudu makan minyak
zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol
tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini,
semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh
menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.
Pilihan 11:
Ambil beberapa biji limau
kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke
bahagian perut yang buncit.
Pilihan 12:
Campurkan sedikit kapur
makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar
air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan
sehinnga nampak perubuhannya.
Pilihan 13:
Bancuh sedikit asam jawa, segelas
air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air
tersebut sebelum membasuh muka.
Pilihan 14:
Amalkan memakan 1 biji tomato
sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Pilihan 15:
Tanak kelapa hingga menjadi
minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan
setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Pilihan 16:
Didihkan jadam dengan sedikit
air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai
bengkung.
Pilihan 17:
Sekiranya anda makan nasi,
jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya
minum ½ jam - 3 jam kemudiannya.
Pilihan 18:
Ambil segenggam cekur, tepung
beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu
ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis
dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Pilihan
19:
Ambil
beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah
kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini
hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.