::Maaf::

Serba salah dibuatnya.. td pg msg ngn Tiqah. Dia jemput g umh dia pada 22hb nanti.. dia buat makan2 kat umh dia.. tapi aku xleh nak g.. bukan ape, bagi aku, andai aku g umh dia.. aku akan bg harapan pada abg dia. Sungguh. Aku xkan ada yang mengharap & kecewa. Macam terjadi pada Rino dulu. Aku xnak ulanginya lagi. Aku tahu bertapa sakitnya bila d kecewakan, dan aku xmahu mengecewakan pula..

Tiqah kata, dia & family suka ngan aku.. abg dia bertambah2 la lg... aku pun leh rasa.. nampak jelas cara dia layan aku.. tp aku angap kawan je.. nasib la Tiqah faham. tp xtahu la kalau d hati lain. Cinta tak boleh d paksa..

Tapi aku suka family Tiqah... semua mesra dengan aku. Walaupun pertama kali bertemu...


::Fahamilah Isterimu Wahai Suami::


1. Waktu Merajuk 

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Tiba-tiba tak mahu bercakap
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
2
Tiba-tiba marahkan suami
Dia cemburu dengan tindakan suami
Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
3
Tiba-tiba menangis
Dia sakit hati dengan tindakan suami
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
4
Tidak mahu memberi khidmat
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.


2. Waktu gembira

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Dia sudah rajin masak
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
2
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Dia puas hati dengan tindakan suami
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
3
Dia siap untuk tidur awal
Dia sudah akur dengan kehendak suami
Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
4
Dia bercakap dengan nada manja
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.


3. Waktu benci

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Kehendak suami tidak dilayan
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
2
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
3
Makan tidak selera
Dia mahu simpati daripada suaminya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
4
Tidur seorang diri
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.


4. Waktu mengharap

Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Muka masam
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
2
Meminta maaf sambil menangis
Dia benar-benar insaf
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
3
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Dia hendak meminta suami membelinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Sumber : Ustaz Ahmad Baei Jaafar 




::Bagaimana Untuk Memahami Suami::


Anda kata, anda tidak faham akan lelaki? Anda benar kerana lelaki sukar untuk di fahami oleh wanita seperti mana wanita sukar untuk di fahami oleh lelaki. Sebagai wanita, anda perlu fahami bahawa mereka hanya mempunyai perangai yang berbeza dari wanita. Sebagai seorang isteri, amat penting untuk anda cuba memahami hati suami tercinta anda agar segala perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

5 cara bagaimana anda boleh memahami suami tercinta anda.

  • Jika anda hendak memahami suami anda, jangan terlalu syak wasangka pada dia. Kadangkala perasaan syak wasangka menutup hati kita untuk menilai perasaan sebenar seorang lelaki. Pernahkah anda bertanya pada suami soalan ini, ‘Apa yang abang fikirkan‘. Dan suami anda jawab kembali dengan jawapan.‘ Takde apa – apa‘.Suami anda memang bercakap benar. Memang tiada apa – apa yang dia fikirkan. Lelaki tidak menyembunyikan rahsia tetapi mereka tidak mahu anda tahu rahsia mereka. Jika tiada kaitan dengan anda, mereka tidak akan cerita pada anda. Kurangkan syak wasangka, anda akan lebih memahami isi hati mereka.
  • Lelaki bersikap terus atau lurus. Jika anda mahu sesuatu dari mereka, anda perlu berterus terang. Jika tidak, mereka tidak tahu yang anda mahu sesuatu dari dia. Berbeza dengan wanita, lelaki suka berterus terang mengenai perasaan mereka.
  • Jika dia di beritahu mengenai masalah, dia akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki adalah raja dan mereka rasa setiap masalah anda adalah tanggungjawab mereka. Jadi, jangan terlalu ringan mulut untuk menceritakan masalah anda pada suami anda. Lelaki apabila mendengar masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya.
  • Layan suami anda seperti kawan anda dalam masa yang sama juga sebagai teman hidup-semati anda. Kita akan berkawan dengan siapa sahaja yang kita suka. Kita terima seadanya kawan kita. Untuk memahami hati seorang lelaki, anda perlu layan mereka seperti kawan anda. Walaupun lelaki itu adalah suami anda, anda akan lebih rapat jika anda layan dia seperti seorang kawan.
  • Jangan dengar apa yang seorang lelaki kata tetapi lihat apa yang dia buat. Lelaki memang terkenal dengan perangai cakap tak serupa bikin. Jadi, untuk anda lebih mengenailnya, anda lihat apa yang di buatnya. Seorang lelaki boleh cakap sebanyak mungkin kata – kata cinta pada anda, tetapi untuk anda menilai cintanya, anda lihat apa yang dia lakukan untuk mencintai anda sebagai wanita.


Begitulah beberapa cara yang boleh anda cuba amalkan dalam kehidupan seharian anda untuk memahami hati suami tercinta anda

::Fahami yang tersirat dalam hati suami::


Perhatikan sikap dalam jadual di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.


Bil
Sikap Suami
Maksud Tersirat
Tindakan
1
Memuji masakan isteri
Dia suka dengan masakan dan rasanya sesuai dengan cita rasanya.
Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.
2
Memuji masakan orang lain
Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.
Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.
3
Memuji pakaian seseorang wanita
Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.
Isteri perlu tanya pandangan suaminya secara ikhlas.
4
Memuji seorang wanita
Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu sama ada akhlaknya atau carnya bergaul dengan suaminya.
Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu dan cuba mencontohi.
5
Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.
Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.
Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.
6
Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.
Dia mahu isterinya pandai menjaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak, dia akan merima nasib yang sama.
Isteri perlu membuat kajian mengapa boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.
7
Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.
Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai
Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.
8
Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.
Dia mahu bermanja dengan isterinya.
Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.
9
Suami masuk tidur awal
Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.
Hentikan segala urusan dan memberi perhatian kepada suami.
10
Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.
Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada isteriyang selalu memasak untuknya.
Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepada suaminya.