Jumpe Mr.R


Tadi, awal pagi dah keluar. Sebab Mr.R datang nak ambil moto di rumah..dekat pukul 12.30 mlm gak la dia sampai..ingatkan dia nk ambil moto ja..tp dia ajak kuar makan. So temankan la dia makan. Kitorang gi makan kat bandar. Sebab dia nak baiki moto sekali. Pas hantar moto, kitorang jalan kaki g kedai makan. Tapi dia ja la yang makan. Aku teman kan ja..
Dia ada tanya sama ada aku rindukan dia atau tak...kalau dulu, aku penuh yakin kata aku rindu dia..tp kali nie....

entah la. was2 lak tuk menyatakan. Mungkin perasaan tu dah tiada...mungkin sebab aku tahu siapa aku. Memang dulu aku pernah sayang dia. rindukan dia...cintakan dia...tp sekarang nie..ntah la.
Lepas siap makan, ambil moto, dia hantar aku balik. Sampai rumah dalam 2.30pagi..
OK. terlepas sahur lagi..biasa la..minggu2 akhir puasa mmg selalu miss sahur..mata xlarat nak buka dah last2 pose nie..huhuhu


7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Shopping Raya & Survey Barang Hantaran

Tahun nie, ada peluang berbuka ngn family Mr.I, shopping raya, smbil survey barang2 hantaran.

Jumaat (26/7/13) - gerak ke sana jam 9.00pagi. Sampai je dah jam 2.30petang. Sampai sane je terus jalan2. Pergi Shah Alam je pon..tengok2 barang dulu...smbil tu tanya tempahan baju nikah...tengok barang kemas, jam..cari gak baju raya..tp xda la terus beli.tgk2 je dulu. Sebab masih ada 2hari tuk jalan2.hehehe...
Mula2 ingat nak buka di luar, tp tak tahu nak makan ape, so cara paling mudah, pergi bazar, dan berbuka di rumah..First berbuka ngn family Mr.I , memang la rasa lain..sbb bab makan kan memilih sikit. So, kt bazar beli satay, cucur udang, popia basah, roti john dan beli buah tembikai susu.

Malam, pas magrib kitorang g bazar Klang lak. naik moto je..sebab kalau naik kereta xda parking. Ramai orang.tapi xda shopping2..cume jalan2 je...

Sabtu (27/7/13) - Mak Mr.I kejut bangun sahur. Dia buatkan air milo.Nak tak nak bangun gak la.. first time gak bersahur dlm keluarga tu. Tak makan pon..minum je..
pagi tu, dalam pukul 11 kitorang ke KL, jalan2 ke sana pulak. Tapi parking keta d KL Central. Pas tu naik LRT ke Masjid India. Kitorang jalan kt Sogo & Jln TAR. 
Masuk Sogo, ramai giler orang. Tak suke nye...rimas. Biasa la, dah nk raya, hari2 cuti lak, semua ambil peluang bershopping. Memang xda la nk tengol2 or berjalan...xnampak ape2 dah. rimas di wat nye..tp sempat gak sambar tudung 3 helai.hehehe...
Pas tu, kitorang ke Shah Alam je..beli kat sana ja...beli sepasang. Baru tahun nie beli sepasang. Sebelum nie gune pos je..tp tahun nie beli sama2.heheh...
Hari Sabtu, kitorang berbuka di luar bersama2 kawan2 Mr.I di CITTA Chili's Grill & Bar kat Citta Mall. Tapi sebelum tu dah tapau Teh O Ais kat Shah Alam Central awal2..sebab tak sempatnye nk berkeja2 nanti...so berbuka di kereta dulu la..pas tu solat dulu. Siap solat sume baru ke restoran tu. Tu pon sampai dlam pukul 9 malam..sebab selesaikan solat Isya terus. Makan, kitorang kongsi2 je.. kitorang oder Crispy honey-chipotle chicken crispers, air lak apple jus ngn lemon the.. Makan tu ja dah dekat RM 70, kire ok la sekali sekale...pukul 12 baru balik. Biasa la..bila lelaki dah berbual..sampai rumah pukul 1 pagi lebih.

Ahad (28/7/13) - Mr.I kejut sahur. Tapi xda nk bangun dah..minum air suam ja..pas tu sambung tido. Tengahari tu g Klang, jalan2 kat sana. Jalan kejap ja.. sebab petang nk kuar lagi. Asal nya nk g butik pengantin. Tapi xjumpa jalan nk ke sana. So jalan ke Shah Alam je..tempat tu je dia salalu bawa..layan kan je la..g kompleks PKNS. Saja tengok2 ja.. tapi sebelum balik, sempat gak la borong kuih raya tuk ibu ngn mak Mr.I. beli pon sebab ari tu datang tangan kosong ja..gpon skrang kitorang dah ada ikatan antara keluarga..so xsalah bg buahtangan sikit. tak seberapa pon..tuk bagi baju raya...pas kami kahwin nanti la..skrg nie xlagi la...
berbuka di rumah, tapi ramai la pulak sebab akak dia, adik2 dia serta ipar dia ada sekali..xselesa jadinya. Pas berbuka terus siap2 tuk gerak balik JB..jumpe dak rumah kat stesen bus Shah Alam. 
Dia bawa kereta. Dekat pukul 10 mlm baru gerak ke JB. Sampai umah dalam 1.15 pagi..

Apakah Maksud Iftar Ramadhan,Moreh,Param,Tamar,Yang Yok

Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan.

Iftar
Iftar Ramadhan bermaksud makan untuk berbuka puasa, iaitu apabila terbenamnya matahari pada bulan Ramadhan. Orang Melayu panggil berbuka puasa. Iftar Ramadhan pun sama juga dengan berbuka puasa.

Tamar
Tamar bermaksud buah kurma. Tamar juga nama seorang penulis novel seram terkenal iaitu Tamar Jalis.Kurma Jalis kurang sedap didengar. Tamar Jalis kelihatan lebih kacak.

PaRam
Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

Yang Yok
"Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Maksudnya puasa olok-olok. Punca utama adalah disebabkan lupa bersahur.

Moreh
Moreh adalah jamuan makan yang biasanya diadakan selepas solat terawih berjemaah pada bulan Ramadhan. Makanannya pun biasanya sedap-sedap.

Andai Lelaki Tahu


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya, tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!” . dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Mee Siam Singapura

Bahan-bahan ( 8 org )
 500gm mee hoon (direndam bersama air sejuk)
sedikit daun kucai
bahan² untuk menggoreng mee:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
25 tangkai lada kering (direndam)
3 sudu besar udang kering (direndam)
sedikit garam dan gula

cara²nya :-
1) kisar kesemua bahan tadi
2) panaskan kuali dan masukkan minyak anggaran setengah cawan.
3) bila dah panas masukkan bahan² yg telah dikisar tadi.
4) bila dah naik minyak, masukkan mee hoon dan digaul rata kemudian dimasukkan daun kecai, garam dan gula secukup rasa.

bahan² untuk membuat kuahnya :-
20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar
2 sudu udang kering (direndam) = dikisar
1 1/2 biji bawang besar = dikisar
2 biji bawang putih = dikisar
segenggam asam jawa
2 senduk gula dan garam secikip rasa
1 1/2 liter air
6 sudu kacang tanah = dikisar
1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)

cara²nya :-
tumiskan kesemua bahan² yang dikisar tadi
bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam² manis.... baru ada power!!!
bahan² untuk hiasan :-
daun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)

bahan² taburan/sampingan :-
10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
daun kucai (dihiris)
limau kasturi (dibelah dua)
sambal tumis

Sambal Tumis Ringkas
1 cawan cili kering kisar }
1½ - 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar 2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sket jer)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional, saya tk taruk)
minyak secukupnya utk menumis

cara²nya :-

Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.

Rendang Daging Masak Hitam



Bahan utama:
Daging 1kg

Bahan untuk dikisar halus:
3 biji bawang besar
21 tangkai cili kering (petua : bilangan cili disediakan dalam bilangan nombor ganjil)

Bahan untuk digoreng tanpa minyak dan kemudian dikisar halus:
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar

Bahan lain:
Kerisik dari 1/2 biji kelapa (kira-kira 6 hingga 7 sudu besar)
5 sudu besar gula merah
Sedikit kicap (disyorkan cap kipas udang yang berlemak manis)
1/2 cawan air asam jawa

Gaul semua bahan-bahan di atas dalam satu bekas. Masukkan kicap sehingga nampak semua adunan berkicap. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris halus berserta 3 keping daun limau purut.

Bahan untuk menumis
4 biji bawang merah (dipotong halus)
2 biji bawang putih (dipotong halus)
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Cara-cara memasak
1. Tumis bahan-bahan menumis hingga kekuningan dan naik bau.
2. Tuangkan daging yang digaul dalam satu bekas tadi.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masak sehingga kering.

Rendang Daging Rembau


Bahan-bahan

Cili kering
30 tangkai, direbus sehingga lembut dan dikisar halus-halus
Cili padi
20 tangkai, dikisar halus-halus
Serai
2 batang, dititik
Bawang merah
5 ulas, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Bawang putih
3 ulas, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Pes kunyit hidup
2 sudu besar
Kunyit serbuk
1 sudu the
Rempah daging serbuk 
2 sudu besar
Daging lembu paha atas (topside)
1kg, didadu 2 x 2cm
Air
500ml
Santan 
750ml, diperah daripada 3 biji kelapa parut dan 750ml air
Garam secukup rasa

Cara

Bubuh cili kering dan cili padi yang dkisar serta serai di dalam periuk. Jerang di atas bahan api besar dan kacau biar rata.
Tambah hirisan bawang merah dan bawang putih, pes kunyit hidup, kunyit serbuk, rempah daging dan daging. Balik-balikkan sehingga rata.
Tambah air dan masak sehingga daging empuk.
Kecilkan api, masukkan santan dan renihkan sehingga kuah pekat da berwarna perang tua. Perasakan dengan garam secukupnya.
Padamkan api dan hidangkan.

Isteri Yang Baik...

ISTERI yang baik.... yang sentiasa menghiburkan hati suaminya disaat suaminya dalam kesedihan atau kemarahan dan sentiasa menenangkan apabila buntu mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah.

ISTERI yang baik.... yang sentiasa senyum pada suami tak kira masa.. dan bertutur dengan baik serta kemanjaannya..

ISTERI yang baik... tidak pernah berkira dengan suaminya.. tidak pula meminta apa-apa selain dari kasih sayang suaminya..

Contohi Cara Nabi Layan Isteri

Bijak menguruskan emosi menjadi faktor utama dalam mengekalkan kerukunan rumah tangga. Sebaliknya tindakan menurut emosi menjadikan masalah dihadapi semakin sukar ditangani, sekali gus menimbulkan kecelaruan berpanjangan.

Suami atau isteri yang bersikap rasional dalam menghadapi sebarang isu dan masalah rumah tangga pasti dapat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni. Sikap saling memahami di antara kedua-duanya mampu menenggelamkan apa saja masalah yang timbul.

Jika kita perhatikan sirah Rasulullah SAW, sebenarnya baginda seorang suami yang sangat memahami isteri. Baginda menghormati isteri, tahu mengambil hati dan bertolak ansur dalam banyak hal.

Dalam satu riwayat Muslim yang diceritakan isteri baginda, Aisyah RA: “Pada suatu hari Rasulullah SAW berkata kepadaku: Aku tahu bila engkau suka padaku dan kau marah padaku.” Mendengarkan kata-kata baginda itu, aku bertanya kepadanya: “Dari mana engkau tahu?” Baginda menjawab: “Jika engkau suka kepadaku, maka engkau akan mengatakan tidak demi Tuhan Muhammad. Dan jika engkau marah kepadaku, engkau akan mengatakan tidak demi Tuhan Ibrahim.” Sambung Aisyah lagi: “Kemudian aku berkata kepada baginda: Benar, demi Allah. Tidaklah aku menghindari melainkan namamu sahaja.” Perhatikan cara baginda SAW memahami isi hati isterinya. Baginda seorang suami yang tidak bertindak terburu-buru, sebaliknya baginda membaca ‘anatomi’ emosi isterinya. Demikianlah juga halnya dengan kita, sebagai seorang suami yang mengimpikan keberkatan hidup, sewajarnya kita berusaha belajar ‘membaca’ emosi isteri kita. At-Thabrani ada meriwayatkan mengenai sikap tolak ansur baginda seperti diperakui Aisyah: “Rasulullah apabila berkumpul bersama isteri-isterinya, baginda adalah seorang suami yang paling bijak dan semulia manusia yang penuh dengan gelak tawa dan senyum simpul.” Said bin Yazid juga ada melaporkan suatu ketika seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW. Kemudian, Rasulullah bertanya kepada Aisyah: “Wahai Humairah, apakah kau kenal wanita yang datang ini?” Jawab Aisyah: “Tidak, wahai Rasulullah.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan mengenai wanita terbabit. “Dia adalah Qaynah...” Selepas itu baginda menambah satu soalan kepada Aisyah: “Apakah engkau ingin Qaynah nyanyi untukmu?” Dengan tersenyum malu, Aisyah menjawab: “Ya, aku mahu.” Lantas Rasulullah memanggil Qaynah dan mengarahkan dia persembahkan nyanyian untuk Aisyah. Ketika Qaynah mempersembahkan nyanyian untuk Aisyah, kelihatan baginda tersenyum riang melihat isterinya terhibur. (Riwayat an-Nasai) Nyata Rasulullah SAW tidak terlalu tegas dalam hal kebiasaan rumah tangga. Baginda tidak mengongkong isteri daripada mendapatkan ruang untuk berehat dan menghiburkan hati selepas penat seharian menguruskan rumah tangga. Satu lagi kisah membabitkan Saidina Umar al-Faruq atau al-Khattab. Diceritakan, pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar untuk mengadu hal keburukan isterinya. Namun, setibanya di tepi rumah Umar, dia terdengar isteri Umar sedang mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepadanya. Umar pula hanya berdiam diri tanpa menjawab balas apa dikatakan isterinya. Lama lelaki itu berfikir, lalu mengambil keputusan berpatah balik ke rumahnya sahaja. Ketika lelaki itu melangkah untuk pulang, kebetulan Umar keluar ke pintu rumahnya. Melihatkan lelaki itu, lantas Umar berteriak memanggil lelaki itu dan berkata: “Engkau datang kepadaku, tentu hendak membawa berita penting!” Dijawab lelaki itu: “Ya sahabatku Umar. Aku datang kepadamu hendak mengadu keburukan isteriku kepadaku. Tetapi, selepas aku mendengar kelancangan isterimu tadi terhadapmu dan sikap diammu terhadap perlakuannya, aku terus membatalkan niatku untuk melaporkan kepadamu.” Umar gembira kerana lelaki itu berterus terang tanpa menyembunyikan niat sebenarnya tadi. Beliau berkata: “Wahai saudaraku, isteriku sudah memasak makanan untukku. Dia juga mencuci pakaianku, mengurus rumah tangga dengan baik dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada kenal erti penatnya. “Maka apabila dia berbuat satu dua kesalahan tidaklah layak dikenangnya, sedang kebaikan-kebaikannya dilupakan...” Lelaki itu tunduk membisu tatkala mendengar penjelasan Umar yang nyata berjaya mengawal emosi. Dia kemudian melangkah pulang sambil berazam akan cuba memperbaiki hubungan dengan isterinya.

Demikianlah beberapa kisah penuh hikmah untuk kita renungi dan teladani bersama. Dari itu, kawallah emosi dan fahami isteri kita agar kita tidaklah bertindak melulu, sekali gus mengelakkan kekeruhan alam rumah tangga.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah
Copypaste : Metro(Khamis 18 Julai 2013)

Tanda Seseorang Sayang & Cinta Kita

-seseorang yang menyayangimu bukanlah yg sering berkata sayang padamu..

-seseorang yang menyayangimu bukanlah yg sering mengatakan sebesar mana cintanya padamu..

TETAPI...

seseorang yang menyayangimu dan mencintaimu:

-sering risaukan kamu
-sering teringatkan kamu
-sering ingin membuatkan kamu bahagia
-tidak jemu dengan tingkah laku mu
-tidak pernah ingin melihat kamu menangis

dan yang paling penting...

dia akan segera ingin menikahi kamu tanda cintanya dia pada kamu.. ^_^

Apa Yang Lelaki & Perempuan Harus tahu

LELAKI KENA TAHU :: Seorang wanita yang benar2 mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya dan terus berada disisi anda walaupun anda telah menyakiti hatinya.♥

PEREMPUAN KENA TAHU :: Seorang lelaki yang benar2 mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sulit sekali keadaan. Dia pasti akan berusaha keras untuk tetap bersama.♥

SUAMI YANG BAIK

✔ Dia tidak hanya pandai menuntut isterinya agar menjadi seorang wanita baik seperti yang diinginkannya. Akan tetapi dia lebih banyak memberi contoh yang baik dalam rumah tangganya.

✔ Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi seorang wanita yang bertakwa kepada ALLAH. Maka dia terlebih dahulu perlu mencontohkan dirinya sebagai seorang imam yang bertakwa.

✔ Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang penuh hormat kepadanya. Maka dia perlu menjadikan dirinya sebagai seorang imam yang selalu menghargai isterinya.

✔ Ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang selalu setia. Maka dia haruslah meletakkan dirinya sebagai seorang imam yang tidak mudah tergoda kepada wanita lainnya.

✔ Dan ketika seorang suami menginginkan isterinya menjadi wanita yang penuh kasih sayang dalam keluarganya. Maka dia haruslah menjadikan dirinya sebagai suami yang penuh perhatian kepada isteri dan juga anak-anaknya.

Renungan

Duhai isteri..
Suamimu hanyalah manusia biasa.. Dia mungkin tidak mampu menyediakan mahligai indah buatmu, tiada kereta mewah sebagai hadiah, tiada intan permata sebagai tanda cinta dan tiada harta atau tanah sebagai cagaran masa depan.. Apa yang ada di depan mata, itulah dia.. Tidak lebih dan tidak kurang.. Jangan kerana keterbatasan dirinya membuatkan kasihmu hilang.. Jangan kerana kekurangan dirinya membuatkan rasa hormatmu melayang.. Telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir, dialah jodohmu dan dialah IMAMmu.. Kamu lihat dia seperti keras hati.. Tapi ketahuilah, dia juga menangis tanpa kamu sedari.. Kekuatan dan kecekalan dirinya ada pada kasihmu.. Ikatlah kuat-kuat.. Jika suamimu redha ke atasmu, maka Syurgalah buatmu..
InsyaALLaH..

Pesanan buat suamiku tersayang



Suamiku tersayang,
Kaulah pemimpin diriku,
Menegur segala kesilapanku,
Memerhati tingkah lakuku,
Kaulah pendukung diriku,
Ketika diriku goyah dilanda musibah,
Kaulah pembakar semangatku.
Tiada yg lebih istimewa,
selain dari kasih sayang yg kau curahkan,
Tiada yg lebih berharga,
dari pengorbananmu.
Sesungguhnya engkaulah insan yg aku cintai.
Padamu jualah segala bakti ku curahkan.
Sesungguhnya jasamu begitu besar nilainya.

Copypaste
- Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-

Petua Kecantikan Wanita Di Seluruh Dunia

Chile 
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya.

Mesir 
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu. 

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat.

Itali 
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya. 


Jepun 
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.

Sweden 
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.

Berbuka puasa dengan Si Dia

Semalam (Khamis-18/07/2013) dia ajak berbuka sama..kebetulan dah janji minggu lepas. Tak sangka dia ingat pula. Ingatkan nk lupakan je..heheh..tapi bertemu dengan dia membuatkan hati sentiasa ceria & riang.. 
Tapi dia kerap bercakap tentang dia pernah bertunang. Ya. Memang dia pernah bertunang. tapi tu kan kisah lama..mungkin sebab sayang, dia tak mampu lupakan. Tipu la kalau kata tak terasa bila dia ungkit tentang dia pernah bertunang. Dia pernah jadi kesayangan & masih sayang dia..cuma mungkin bukan jodoh..

Siapa kita nak tentukan jodoh..

Pernah menaruh harapan.. tapi tak la tinggi melangit. Bila yakin tiada lagi pertemuan.. Tiba2 bertemu lagi. Dalam situasi yang berbeza. Bila jumpa ja dia akan kata, "dia pernah bertunang" tapi tahukah dia, awek yang berdepan ngn dia milik org?dia tak tahu. Sebab dia tak pernah tahu cerita sebenar.

Semalam walaupun jumpa hanya dalam 3jam saja. Tapi cukup bermakna. Mungkin dia tak tahu. Malah pertemuan tu mungkin tak bererti bagi dia.. tapi ia sangat2 bermakna buat org yang menyayangi dia & sentiasa menanti dia..

Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang


  1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
  2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
  3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
  4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
  5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring)
  6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
  7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
  8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
  9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Semakin Hari Semakin Sayang

Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.


Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.





  • Sentuhlah tangannya selalu.
  • Ajaklah dia mandi bersama.
  • Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.
  • Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.
  • Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.
  • Tulislah nota cinta buat si dia.
  • Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.
  • Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.
  • Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.
  • Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.
  • Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.
  • Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.
  • Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.
  • Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.
  • Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.
  • Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.
  • Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.
  • Peluklah si dia sekerap mungkin.
  • Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah


  • “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
  • “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  • “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  • “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  • “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  • “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  • “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  • “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
          (Hadis riwayat Anas Bin Malik)