Pesanan Untuk Isteri

Ø Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

Ø Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu.Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

Ø Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

Ø Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

Ø Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

Ø Sederhana dalam berpenampilan. umumnya lelaki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

Ø Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

Ø Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

Ø Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

Ø Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

Ø Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

Ø Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

Telefon Masuk Air? Jangan Risau, Ikuti Tips Berikut

Mungkin sudah beberapa kali anda melihat atau merasai sendiri pengalaman telefon bimbit jatuh ke dalam air. Misalnya terkeluar dari poket anda ketika berada dalam tandas?terlepas dari genggaman dan jatuh ke dalam lecak atau secara tidak sengaja termasuk dalam bekas air atau lauk.
Anda mungkin kecewa, takut telefon tersebut tidak lagi boleh berfungsi ditambah pula wang ringgit yang dikeluarkan bukan sikit. Jangan risau! Kami mempunyai sedikit tips yang boleh anda ikuti sekiranya telefon anda jatuh ke dalam air. 
Cuba lakukan langkah di bawah.

1. Jangan panik
Anda lihat telefon anda sudah berada dalam mangkuk tandas, jangan menje it atau berada dalam keadaan histeria!

2. Ambil telefon anda SEKARANG
Lagi lama anda biarkan dalam air, lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon anda. Memandangkan beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar, potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk mengelakkan kerosakan teruk.

3. Jangan tekan sebarang butang
Dalam keadaan panik, anda risau telefon tidak berfungsi, anda terus tekan butang yang ada terutama butang 'power' untuk lihat sama ada telefon anda mengalami kerosakan atau tidak. Jangan buat demikian kerana sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran air masuk lebih ke dalam.

4. Keringkan bahagian luar telefon dulu
Ambil tuala, tisu dalam jumlah yang banyak atau baju anda sendiri (tanggalkan). Pendek kata mana mana yang diperlukan untuk mengeringkan telefon anda secepat mungkin. Lap dengan teliti pada keseluruhan kerangka luar telefon.

5. Keluarkan komponen dalaman
Buka bahagian belakang telefon (jika ada). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika anda tidak dapat selamatkan telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk dipelihara.Lapkan ketiga tiganya.

6. Goncangkan telefon
Masih terdapat air yang berada dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon anda dengan perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.

7. Gunakan beras
Sekarang, anda telahpun mengeringkan bahagian luar daripada air, tiba masanya pula untuk mengeringkan bahagian yang anda tidak nampak. Cara terbaik melakukannnya adalah dengan bebola kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau anda mahu tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau anda tidak ada bebola kecil itu, gunakan cara lama iaitu beras. Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam' telefon anda (kalau beras, sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan). Mula-mula, anda hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan kerjanya!
Bean Bag
8. Tunggu dan tunggu

Cara ini memang memakan masa yang lama. Tetapi lagi lama anda tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon anda selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. Tetapi kalau anda boleh berikan masa 48 atau 72 jam, lebih bagus.


** Copy Paste dr blog Teknologi Daun Pisang

:: Aku Hanya Wanita Biasa Duhai Suamiku ::

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....
Padahal kau begitu tahu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Oleh itu ku ingin kau tau,aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bunda Khadijah, Oleh itu ku ingin kau tau,
aku bisa saja berbuat salah dan juga membuatmu marah.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,nasihati aku dengan hikmah,
karana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku derhaka kepadamu...

Duhai insan yang telah memilihku kelak....
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelek.

Mungkin karana aku begitu sibuk berjibaku di dapur,
untuk menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti
InsyaAllah

Maka, aku akan tampak kotor dan bau asap.
Atau karana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat.
Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.
Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluham dan ceritamu, bukan karana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,
tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang meragam, dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku, karana kau adalah kekuatan ku...
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan karana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahukan hanya belaianmu...

Karana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-NYA..
Jangan segan membangunanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih
yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalanya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,akan menipis dam memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...

Karana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah...
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.
Maka cintailah aku karana-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...

Maafkan aku karena aku bukan isteri Nabi...
Aku hanya wanita biasa....

Aneka Udang


KERUTUP UDANG 

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

(A)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

(B)
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

(C)
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA:
1.    Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.

2.    Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.

3.    Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

4.    Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka.


UDANG MASAK MERAH BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih

BAHAN-BAHAN MESIN:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA-CARA
1.    Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
2.    Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
3.    Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
4.    Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
5.    Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
6.    Hidangkan setelah masak.


UDANG SWEET SOUR

BAHAN-BAHAN:
500 g udang galah
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 potong nenas-di dadu
1 biji tomato-di belah 4
1 biji cili hijau dan merah-di potong menyerong
2 ulas bawang putih, dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun sup

CARA MEMBUAT :
1.    Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
2.    Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
3.    Masukkan udang , bawang besar, cili merah, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.


UDANG GORENG MADU

BAHAN:
800g Udang harimau segar
5 sudu makan Minyak Masak
1 sudu kecil Bawang Putih - dicincang
1 sudu makan Bawang Merah - dicincang
1 sudu makan Madu Mujeza
1/2 sudu makan pes Cili (Cili Boh)
1/2 sudu makan Sos Tiram
4 sudu makan Sos Cili
2 sudu makan Sos Tomato
1 sudu makan Cuka Epal MUJEZA
1 sudu makan Mentega
10g Serai dihiris halus
10g Daun Ketumbar - dicincang
30g Nenas - di potong dadu
20g Lada Benggala Kuning - di potong dadu
20g Lada Benggala Hijau - di potong dadu
20g Kismis Tok Guru
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.    Panaskan kuali, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau.
2.    Masukkan pes cili, kacau, kemudian masukkan udang, kacau hingga udangnya separuh masuk.
3.    Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan sedikit air, kacau hingga rata selama 2 minit.
4.    Masukkan cuka epal MUJEZA, madu MUJEZA, serai, daun ketumbar, nenas, lada benggala, lada benggala hijau, kismis Tok Guru, kemudian kacau hingga rata.
5.    Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
6.    Siap untuk dihidang, hias dengan hiris buah lemon.



UDANG BAKAR
BAHAN
Udang besar - dibersihkan (500g)
Pasli - dicincang (2 sudu besar)
Bawang putih - dicincang (3 ulas)
Oregano kering (2 sudu kecil)
Jus lemon (1 cawan)
Minyak zaiton (1 cawan)
Sos tomato (1 sudu besar)
Sos lada hitam (1 sudu besar)
Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
Garam (sedikit)
Pencucuk - mengikut saiz hidangan

CARANYA, 
campurkan minyak zaiton, jus lemon, oregano kering, serbuk lada hitam, sos tomato, sos lada hitam, garam, bawang putih dan juga parsley. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan udang dan gaul rata bersama sos tersebut. Perapkan lebih kurang 2 jam di dalam peti ais Setelah siap diperap, cucuk 2 ekor udang pada setiap batang pencucuk sehingga semuanya habis. Akhir sekali, bakar udang tersebut di atas pemanggang.. Balik-balikkan selalu sehingga udang masak sekata. Aroma udang bakar tentunya membuka selera terutamanya bagi penggemar makanan laut.


P/S: rendam pencucuk tersebut selama ½ jam di dalam air supaya ianya tidak mudah terbakar : best gak kalu bakar dengan madu..cunn rasenyer..atau pun bg penggemar pedas..leh bubuh sos cili.

Aneka Masakan Ayam

Ayam Bakar Bercheese

Bahan-bahan ( 2 orang )
Ayam 4 ketul ( saiz sederhana besar )
Kicap soya cair 1 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Sos Lee Kum Kee 1 sudu besar (Utk perap ayam)
Daun Rosemary
Cheese parut (ikut citarasa masing-masing nak guna cheese apa)
Sedikit garam dan msg

Cara-cara
Perap ayam dengan sos soya, sos tiram, sos Lee Kum Kee, daun rosemary dan perasa selama 1/2 jam
Akhir sekali tabur cheese parut pada ayam yang diperap tadi dan bakar pada suhu 200 C selama 20-30 minit.


Ayam Goreng Lemon

Bahan :
250 grm isi peha ayam
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering – dipotong
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
sedikit kulit lemon dipotong memanjang
sedikit daun sup atau daun ketumbar
1 biji telur ayam
minyak masak secukupnya

Bahan Sos :
sedikit air – secukupnya
serbuk perisa ayam - secukup rasa
jus lemon secukup rasa
gula secukup rasa
Garam secukup rasa - bila perlu saja

Cara Masak :
Bersihkan ayam dan dipotong kecil kemudian perap ayam bersama 2 sudu besar sos tiram dan parutan kulit lemon selama 30 minit. 

Bersihkan bawang putih dan halia kemudian dipotong kecil atau dicincang.Sedikit kulit lemon dihiris nipis-nipis. 

Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan pukul sebiji telur kemudian celup isi ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Bagi buat sos panaskan minyak secukupnya dalam 3 sudu besar dan tumis semua bawang putih dan halia sehingga wangi . Masukkan cili kering kemudian masukkan air serta serbuk perasa ayam secukup rasa dan biar sampai mendidih. Masukkan jus lemon secukup rasa , gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati. Rasa jika ada bahan yang kurang seperti garam boleh lah ditambah.

Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau bila kuah dah pekat boleh terus dimasukkan semua ayam digoreng tadi . Taburkan daun sup dan hirisan kulit lemon tadi untuk xtra citarasa dan bau . Kacau semua bahan sehingga cukup rata dan boleh ditutup api dapur.


Ayam Goreng Rempah Mamak

Bahan-bahan
1 ekor ayam (1.6-1.8kg) | dipotong 10/potongan nasi kandar ( saya guna 900gm ayam/potong biasa)
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar*cili kering yang dikisar halus (saya guna cili powder)
3 sudu besar kisaran halus (bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + halia 2")
3 tangkai daun kari | potong halus
1kg minyak untuk goreng
Garam secukup untuk dirasa

Cara Penyediaan
Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang, bawang putih dan halia. Peramkan selama 1-2 jam.
Selepas diperam, gaulkan ayam dengan  tepung ubi kayu, tepung beras dan tepung jagung serta serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus. Jika tepung terlalu likat, tambahkan telur sebutir atau sedikit air. Peramkan selama 20-30 minit sebelum goreng.
Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. (ayam harus tenggelam dlm minyak)


Crunchy Cornflakes Chicken

Bahan-bahan:
2 kpg ayam tanpa tulang, dada ayam tanpa kulit ~ potong-potong kecil
1 / 2 sdt kasar Blackpepper
2 sdt paprika (jika tiada ganti dengan serbuk cili)
garam secukupnya
1 / 2 cawan susu segar
1 butir telur
1 / 2 cawan tepung gandum
sedikit garam
2 cawan Kellogg’s cornflakes – dihancurkan (kalau tak cukup tambah lagi)
minyak untuk menggoreng
mentega (jika membakar)
sos cili

Cara memasak: ~
Campur potongan ayam dengan Blackpepper, paprika dan garam. biarkan selama 1 jam.
Dalam mangkuk, kocok telur dengan susu, Tambah tepung gandum dan garam,kocok sampai adunan halus terbentuk.

Letakkas corflakes didalam pinggan datar.
Celupkan potongan ayam dalam adunan,golekkan dengan cornflakes,Deep fry sampai berwarna coklat keemasan / sehingga ayam masak. boleh makan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

* Jika anda suka bakar ~> celup ayam dalam adunan, salut dengan cornflakes,letak atas dulang yang dialas foil,sapukan mentega di atas ayam dan panggang pada 190 ° C selama 1 jam.


Chicken Cordon Bleu

Bahan-bahan :
4 keping ayam bahagian dada di buang tulang
100 gm bread crump
100 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1 sudu tepung beras
Garam
Serbuk lada sulah
4 keping chesse slice
Minyak masak.

Penyediaan sos:
1 sudu kecil tomato puri
50 gram sos tomato
50 gram sos cili
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
30 gram mentega
1 batang saderi

Minyak jagung (ikut kesesuaian)

Cara Memasak Chicken Cordon Bleu
Ayam dibersihkan, buang kulit.
Tebuk bahagian tengah dan gaul dengan garam dan lada sulah.  Hati-hati jangan sampai tebukkan tersebut berlubang.
Kepingan cheese dilipat empat dan dimasukkan ke dalam tebukan tersebut.
Tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras di bancuh dengan sedikit air.
Gaul ayam di dalam adunan bancuhan tepung dan golekkan di dalam bread crump ( serbuk roti )
Goreng api perlahan di dalam minyak yang penuh.

* Untuk sos, cincang bawang besar, bawang putih dan saderi kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan sos cili, tomato dan tomato puri, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan mentega. Gunakannya sebagai pencicah untuk daging ayam goreng.

Mee Rebus Haji Wajid


BAHAN-BAHAN :
ü 2 kilo mee kuning, dicelur
ü 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
ü 4 biji keledek, direbus dan dikisar
ü 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
ü 3 ulas bawang putih, dikisar
ü 3 biji bawang merah, dikisar
ü 1 inci halia, dikisar
ü 1/2 cawan udang kering, dikisar
ü 3 batang serai, dititik
ü 1 inci lengkuas, dititik
ü 5 sudu makan rempah kari daging
ü garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
ü minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
ü 1/2 cawan udang kering, dikisar
ü 80g tepung gandum
ü ¼ camt serbuk kunyit
ü Garam
ü air secukupnya
ü minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
ü tauhu yang digoreng, dipotong kecil
ü daun sup, dimayang
ü bawang goreng
ü telur rebus, dibelah dua
ü lada hijau, dipotong bulat
ü taugeh, dicelur
ü limau kasturi, dibelah dua

=======================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=======================

CARA TEPUNG UDANG KERING
ü Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
ü Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
ü Panaskan minyak dalam periuk.
ü Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
ü Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
ü Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
ü Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN
ü Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.

ü Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.