:: Warkah Cinta Dunia ::

Haruskah aku melihat kaca
Sambil memikirkan permata
Ataukah harus aku merenung
Ke arah awan sambil bermenung..

Kerana di dalam diri ada sengketa
Ada sesuatu yang membelenggu
Mencari damai yang sebenarnya..
Telah aku dengar dari bisikan bayu..

Katanya kau harus melihat dunia
Dari kaca mata anak2 yang tak melihat dewasa
Kau harus mendengar
Rintihan ibu2 yang sentiasa merindu
Damai bumi yang satu..

Haruskah aku melihat kaca
Sambil memikirkan permata
Ataukah harus aku merenung
Ke arah awan sambil bermenung..
Kerana di dalam diri ada sengketa
Ada sesuatu yang membelenggu
Mencari damai yang sebenarnya..
Telah aku dengar…
Dari bisikan bayu..

Katanya kau
Harus bercerita kepada mereka
Tentang hari2 yang mungkin tak mendatang
Dan kau harus mengirim warkah cinta dunia
Kepada mereka yang alpa dan lupa..

Kau harus mendengar
Rintihan ibu2 yang sentiasa merindu
Damai bumi yang satu..

Kau harus mengirim warkah cinta dunia
Kepada mereka yang alpa dan lupa..

:: 10 Rahsia Cinta ::

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

:: Terapi Warna ::

Setiap manusia memegang satu rahsia sebagai kekuatan tenaga yang melengkapkan kejadian alam. Ia disebut “Level”(Tahap) atau “Warna” diri.
Terapi Warna juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk manusia.
Terapi Warna dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.
Terapi Warna dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.

Akan Berakhirkah Penantian Ini

Diam x diam, da nk sampai ke penghujung bulan Januari..sekejap je rasenye..urmmm..mase sekarang terlalu pantas berlari..terase x terkejar pulak..
Dalam blan nie jerk da mcm2 terjadi..
dan ape y x aku sangka2, aku dapat jumpe kwn2 mase kcik2 dulu..bukan bertentang mata..tp dlm Facebook.:)
Adakah pencarian aku telah sampai ke penghujungnye..??walau ape pun, aku harap aku akan dpt kbar beritanya.. kerana selama ini, aku xpernah lupakan die..kerana die.....aku belajar byk perkara.kerana die..aku kerinduan..
Adakah tahun 2011 akan bermakna dalam hidupku ini...??

Harap2 tahun ini akan memberi 1001 makna dalam hidup aku..amin.....


Kisah2 di awal tahun 2011

Kedatangan 2011 di mulai dgn meraikan mjls perkunangan kakak sedara yang paling ceria n manja..

1.1.2011, tarikh di mane terikatnya die dgn jejaka pilihan hatinya..taniah buat nya..
dlm tarikh y sama jua, terpatrinya ikatan pertunangan kakak sedara ku d KL..taniah jua wt dia..
mungkin dlm meraikan mljs nie..ada hati yang terusik..al-maklum je la..kedua-dua mljs adalah sedara sdri..tp terpaksa memilih d sbb kan jarak y memisahkan..hanya doa y mampu d iringi semoga meraka tabah hadapi segala dugaan dalam tempon pertungan mereka..dan berharap, perkahwinan mereka nanti xakan terjadi lagi seperti mjls pertunangan nie..harap2 majlis perkahwinan nanti, kami dapat pergi tuk kedua2 kakak sedaraku itu nanti... (jangan pilih tarikh y same lg ok) hihihi..

2.1.2011 - Salah satu kereta ayah hilang..

awal tahun ja mcm2 da terjadi..harap2 ada hikmah di sebalik semua nye...