Serba salah dibuatnya.. td pg msg ngn Tiqah. Dia jemput g umh dia pada 22hb nanti.. dia buat makan2 kat umh dia.. tapi aku xleh nak g.. bukan ape, bagi aku, andai aku g umh dia.. aku akan bg harapan pada abg dia. Sungguh. Aku xkan ada yang mengharap & kecewa. Macam terjadi pada Rino dulu. Aku xnak ulanginya lagi. Aku tahu bertapa sakitnya bila d kecewakan, dan aku xmahu mengecewakan pula..
Tiqah kata, dia & family suka ngan aku.. abg dia bertambah2 la lg... aku pun leh rasa.. nampak jelas cara dia layan aku.. tp aku angap kawan je.. nasib la Tiqah faham. tp xtahu la kalau d hati lain. Cinta tak boleh d paksa..
Tapi aku suka family Tiqah... semua mesra dengan aku. Walaupun pertama kali bertemu...
Ya Allah.. Kuatkan hati ini dalam menghadapi apa jua dugaan dan rintangan dalam kehidupan ini...
::Fahamilah Isterimu Wahai Suami::
1. Waktu Merajuk
|
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
|
1
|
Tiba-tiba
tak mahu bercakap
|
Dia tidak
suka dengan tindakan suami sebelum itu
|
Berterus
terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
|
|
2
|
Tiba-tiba
marahkan suami
|
Dia
cemburu dengan tindakan suami
|
Perlu
selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan
menipu
|
|
3
|
Tiba-tiba
menangis
|
Dia sakit
hati dengan tindakan suami
|
Beri
penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
|
|
4
|
Tidak mahu
memberi khidmat
|
Dia
sungguh kecewa dengan sikap suami
|
Nilai
semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika
masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia
berfikir
|
Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan
bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
2. Waktu gembira
|
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
|
1
|
Dia sudah
rajin masak
|
Tindakan
suami sebelum itu menyenangkan hatinya
|
Teruskan
sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
|
|
2
|
Dia tidak
banyak soal waktu kepulangan suami
|
Dia puas
hati dengan tindakan suami
|
Ucapkan
terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
|
|
3
|
Dia siap
untuk tidur awal
|
Dia sudah
akur dengan kehendak suami
|
Belajari
sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
|
|
4
|
Dia bercakap
dengan nada manja
|
Dia mahu
suaminya bersikap seperti itu juga
|
Hargai
sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra
|
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus
menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang
sewajarnya.
3. Waktu benci
|
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
|
1
|
Kehendak
suami tidak dilayan
|
Dia mahu
suami mengubah sikap yang buruk
|
Baiki
kesilapan bukan mempertahankannya
|
|
2
|
Tidak mahu
bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
|
Dia
memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
|
Menilai
sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
|
|
3
|
Makan
tidak selera
|
Dia mahu
simpati daripada suaminya
|
Suami
perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai
melanggar syariat
|
|
4
|
Tidur
seorang diri
|
Dia mahu
suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
|
Suami
perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih
sayang
|
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah
kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap
|
Bil
|
Sikap
|
Maksudnya
|
Mengatasinya
|
|
1
|
Muka masam
|
Apa yang
diharapkan tidak menjadi kenyataan
|
Bertanya
sebab dan cuba atasi kehendaknya
|
|
2
|
Meminta
maaf sambil menangis
|
Dia
benar-benar insaf
|
Terimalah
seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam
dan apa yang anda mahu
|
|
3
|
Melihat
sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
|
Dia hendak
meminta suami membelinya
|
Suami
perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak
|
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak
bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan
teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat.
Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting
semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi
positif.
Sumber : Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Labels:
K3H1DUP4N,
Love Bytes,
Pengetahuan
::Bagaimana Untuk Memahami Suami::
Anda kata, anda tidak faham akan lelaki? Anda benar kerana
lelaki sukar untuk di fahami oleh wanita seperti mana wanita sukar untuk di
fahami oleh lelaki. Sebagai wanita, anda perlu fahami bahawa mereka hanya
mempunyai perangai yang berbeza dari wanita. Sebagai seorang isteri, amat
penting untuk anda cuba memahami hati suami tercinta anda
agar segala perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
5 cara bagaimana anda boleh memahami suami tercinta anda.
- Jika anda hendak memahami suami anda, jangan terlalu syak wasangka pada dia. Kadangkala perasaan syak wasangka menutup hati kita untuk menilai perasaan sebenar seorang lelaki. Pernahkah anda bertanya pada suami soalan ini, ‘Apa yang abang fikirkan‘. Dan suami anda jawab kembali dengan jawapan.‘ Takde apa – apa‘.Suami anda memang bercakap benar. Memang tiada apa – apa yang dia fikirkan. Lelaki tidak menyembunyikan rahsia tetapi mereka tidak mahu anda tahu rahsia mereka. Jika tiada kaitan dengan anda, mereka tidak akan cerita pada anda. Kurangkan syak wasangka, anda akan lebih memahami isi hati mereka.
- Lelaki bersikap terus atau lurus. Jika anda mahu sesuatu dari mereka, anda perlu berterus terang. Jika tidak, mereka tidak tahu yang anda mahu sesuatu dari dia. Berbeza dengan wanita, lelaki suka berterus terang mengenai perasaan mereka.
- Jika dia di beritahu mengenai masalah, dia akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki adalah raja dan mereka rasa setiap masalah anda adalah tanggungjawab mereka. Jadi, jangan terlalu ringan mulut untuk menceritakan masalah anda pada suami anda. Lelaki apabila mendengar masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya.
- Layan suami anda seperti kawan anda dalam masa yang sama juga sebagai teman hidup-semati anda. Kita akan berkawan dengan siapa sahaja yang kita suka. Kita terima seadanya kawan kita. Untuk memahami hati seorang lelaki, anda perlu layan mereka seperti kawan anda. Walaupun lelaki itu adalah suami anda, anda akan lebih rapat jika anda layan dia seperti seorang kawan.
- Jangan dengar apa yang seorang lelaki kata tetapi lihat apa yang dia buat. Lelaki memang terkenal dengan perangai cakap tak serupa bikin. Jadi, untuk anda lebih mengenailnya, anda lihat apa yang di buatnya. Seorang lelaki boleh cakap sebanyak mungkin kata – kata cinta pada anda, tetapi untuk anda menilai cintanya, anda lihat apa yang dia lakukan untuk mencintai anda sebagai wanita.
Begitulah beberapa cara yang boleh anda cuba amalkan dalam
kehidupan seharian anda untuk memahami hati suami tercinta anda.
Labels:
K3H1DUP4N,
Love Bytes,
Pengetahuan
::Fahami yang tersirat dalam hati suami::
Perhatikan sikap dalam jadual di bawah, jika masalah anda
sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.
Bil
|
Sikap Suami
|
Maksud Tersirat
|
Tindakan
|
1
|
Memuji
masakan isteri
|
Dia suka
dengan masakan dan rasanya sesuai dengan cita rasanya.
|
Ambil
perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.
|
2
|
Memuji
masakan orang lain
|
Dia memang
suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.
|
Ambil
tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.
|
3
|
Memuji
pakaian seseorang wanita
|
Dia mahu
isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah
itu.
|
Isteri
perlu tanya pandangan suaminya secara ikhlas.
|
4
|
Memuji
seorang wanita
|
Dia mahu
isterinya bersikap seperti wanita itu sama ada akhlaknya atau carnya bergaul
dengan suaminya.
|
Isteri
perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu dan cuba mencontohi.
|
5
|
Suami
selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.
|
Dia mahu
isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.
|
Isteri
perlu selidik mengapa mereka bergaduh.
|
6
|
Suami suka
bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.
|
Dia mahu
isterinya pandai menjaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak, dia akan
merima nasib yang sama.
|
Isteri
perlu membuat kajian mengapa boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam
pergaulannya.
|
7
|
Suami suka
mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.
|
Dia mahu
isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai
|
Isteri perlu
mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.
|
8
|
Suami
mengajak isteri mengurut belakangnya.
|
Dia mahu
bermanja dengan isterinya.
|
Segeralah
masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.
|
9
|
Suami
masuk tidur awal
|
Dia mahu
mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.
|
Hentikan
segala urusan dan memberi perhatian kepada suami.
|
10
|
Suami
membawa balik makanan yang dibeli di luar.
|
Suami mahu
mengucapkan terima kasih kepada isteriyang selalu memasak untuknya.
|
Isteri
perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepada suaminya.
|
Labels:
K3H1DUP4N,
Love Bytes,
Pengetahuan
Subscribe to:
Posts (Atom)