Haruskah aku melihat kaca
Sambil memikirkan permata
Ataukah harus aku merenung
Ke arah awan sambil bermenung..
Kerana di dalam diri ada sengketa
Mencari damai yang sebenarnya..
Telah aku dengar dari bisikan bayu..
Katanya kau harus melihat dunia
Dari kaca mata anak2 yang tak melihat dewasa
Kau harus mendengar
Rintihan ibu2 yang sentiasa merindu
Damai bumi yang satu..
Haruskah aku melihat kaca
Sambil memikirkan permata
Ataukah harus aku merenung
Ke arah awan sambil bermenung..
Kerana di dalam diri ada sengketa
Mencari damai yang sebenarnya..
Telah aku dengar…
Dari bisikan bayu..
Katanya kau
Harus bercerita kepada mereka
Tentang hari2 yang mungkin tak mendatang
Dan kau harus mengirim warkah cinta dunia
Kepada mereka yang alpa dan lupa..
Kau harus mendengar
Rintihan ibu2 yang sentiasa merindu
Damai bumi yang satu..
Kau harus mengirim warkah cinta dunia
Kepada mereka yang alpa dan lupa..