:: Debaran Malam Pertama ::

LELAKI PADA MALAM PERTAMA :

Lelaki pada malam pertama seringkali dihantui tekanan & gangguan mental. Gangguan mental yang tinggi boleh menggagalkan hubungan intim pada malam pertama.
Apa yang boleh anda lakukan:-
  1. Tenangkan perasaan & hindakan diri dari memikirkan soal kemampuan beraksi.
  2. Tekanan boleh mematahkan keinginan untuk bersama isteri. Kawal perasaan untuk tidak menimbulkan masalah perhubungan yang boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk pada masa depan.
  3. Gangguan mental juga boleh menyebabkan lelaki mahu hubungan seksual disegerakan & ejakulasi juga akan berlaku cepat. Perlakuan ini boleh menyebabkan kekecewaan pada isteri & hubungan mesra yang diingini selama ini gagal serta merta.
WANITA PADA & SELEPAS MALAM PERTAMA :

Wanita yang baru pertama kali akan menempuhi hubungan seksual akan berdepan dengan pelbagai persoalan. Meskipun hubungan dengan pasangan intim sebelum ini & saling mencintai, tetapi kelainannya akan timbul juga apabila tiba saat malam pertama.
Malam pertama seringkali meresahkan wanita kerana :
  1. Tebal dengan anggapan bahawa hubungan seksual memang menyakitkan. Tangpan & ketakutan ini menyebabkan malam pertama yang berlaku memang mengecewakan. Malah ia akan berterusan pada hari seterusnya.
  2. Tidak biasa dengan suasana "baru" berbanding lelaki. Persediaan dari mental & fizikal penting agar hubungan intim & malam pertama dinikmati sepenuhnya.
  3. Bagi wanita yang telah kehilangan mahkota gadisnya, ketakutan ini berlaku berlipat kali ganda. Kawal diri sebaik mungkin, berterus terang mungkin mengundang bahaya ego lelaki. Tetapi, kebijaksaan anda melentur keadaan boleh menghilangkan segala karaguaan. Kehilangan mahkota tidak akan dapat dikesan jika bijak memainkan peranan. Tetapi AWAS!, lelaki membuat tanggapan. Terlalu bijak dalam beraksi juga boleh mengundang keraguaan kegadisan anda sebelum ini.
LELAKI & WANITA SEBELUM & SELEPAS MALAM PERTAMA

Malam pertama tidak seharusnya berlaku terburu-buru pada malam hari selepas selesai majlis. Keletihan selepas seharian menjadi bahan tontonan majlis juga boleh mempengaruhi keseronokan berhubungan. Anda juga mungkin dibelenggu rasa malu dengan saudara mara yang masih bertemu di rumah.
Apakah yang terbaik untuk anda & pasangan lakukan?
  1. Habiskan masa malam selepas majlis perkahwinan sebagai malam untuk suai kenal anda berdua. Anda & pasangan mungkin telah saling mengenali tetapi suai kenal penting untuk anda yang baru saja mempunyai ikatan suami isteri. Ia menambah kemesraan anda berdua. Lupakan tentang seks & bincanglah untuk memilih hari yang sesuai bagi memenuhi keinginan masing2.
  2. "Honeymoon" tidak semestinya perlu menghabiskan wang untuk bercuti dipusat peranginan. Suasana harmoni, romantik & mesra juga boleh dilakukan dibilik sendiri. Bulan madu untuk malam pertama anda cukup dengan berdua-duaan sehari atau dua hari selepas majlis perkahwinan.
  3. Tidak salah besifat terbuka untuk membincangkan soal seksual antara anda & pasangan sebelum bernikah. Sifat terbuka ini boleh menenangkan fikiran dan memudahkan proses sebenar berlaku tanpa kehadiran gangguan emosi atau mental.
  4. Bagi yang kurang arif tentang seks, tidak salah jika mendapatkan bahan bantuan seperti buku untuk kefahaman. Elak bertanya kepada rakan-rakan kerana pemberian & penerimaan pendapat tentang hubungan badan bagi setiap individu adalah berlainan.
  5. Lelaki perlu peka bahasa tubuh pasangan. Terus menuju pasangan boleh mendatangkan kekecewaan kepadanya. Maka timbulah ketakutan, rasa sakit atau risau dihatinya. Yang elok anda lakukan :-
  • Bagi pasangan Islam, elok jika sembahyang berjamaah terlebih dahulu untuk waktu Magrib & Isyak.
  • Lafazkan kata2 cinta untuk mengeratkan hubungan & menghangatkan suasana.
  • Mulakan dengan mencium ubun2nya dengan penuh kasih sayang & kemudian kucup jari jemarinya.
  • Kucup kening, pipi & bibirnya sebagai penambah kasih sayang. Kelembutan tindakan anda boleh merangsang keinginan isteri & melenyapkan rasa takut atau risau yang difikirkan selama ini.
  • Jika pasangan bersedia, mulakan hubungan seterusnya. Selepas itu, anda akan rasai bahawa pasangan andar benar2 inginkannya.
* Malam pertama adalah malam permulaan. Jika permulaan itu berlangsung dengan harmoni & penuh kemesraan, jadikanlah malam seterusnya sebagai malam pertama untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Artikal : Majalah Pengantin Disember 2002