Adakalanya tiba masa-masa sulit, yang membuat hidup serasa penuh kepedihan & keluh kesah.
Namun, pada saatnya jua tibalah masa-masa kegembiraan, yang membuat hidup terasa ringan & terang..
Tanpa sedar bibir kita basah dengan senyuman.
Sesungguhnya kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan dan emosi-emosi lain hanyalah sementara.
Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang.
Tak selamanya kesedihan & kegembiraan melanda kita...semua itu datang silih berganti tanpa selalu dapat dinanti..
Yang perlu kita fahami adalah kesementaraan ini..
Kesementaraan menunjukkan bahawa emosi-emosi itu bukan milik kita..Ia hanya sebuah tawaran dari alam yang menuntun tindakan & sikap kita.
Ia bukanlah kita.Saat gembira sadarilah kegembiraan itu..SAat sedih, fahamilah kesedihan itu..
Saat kita penuh dengan kesedaran akan emosi kita..saat itu kita bersentuhan dengan jiwa yang tenang milik kita..