:: Bertunang Itu Mudah ::


Meminang adalah apabila pihak lelaki menyatakan hasrat utk memperisterikan seorang perempuan & apabila pihak perempuan setuju, maka itulah yang d maksudkan dengan bertunang. ::

Contoh:
Apabila sesorang lelaki menyakakan "saya nak awak jadi isteri saya" & si gadis menjawab "saya terima" 


Jadi ia di kirakan bertunang WALAUPUN sekadar melalui telefon.

MAKA, haram hukumnya jika ada sesiapa yang masuk meminang sedangkan dia tahu si gadis adalah tunangan org....

Pertungan tanpa pengetahuan wali adalah sah SEKIRANYA perempuan tersebut yang persetujuannya itu sah pada syarak, maka ia sah bertunang.

PEREMPUAN YANG SAH PERSETUJUANNYA adalah:
1- Perempuan yang waras
2- Perempuan yang baligh
3- Perempuan yang cerdik
4- Perempuan yang boleh membawa diri



Dari segi adat Melayu, majlis pertunangan kebiasaannya dibuat dikalangan ahli keluarga dan sahabat yang rapat. Pihak lelaki akan membawa barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan bersama cincin yang akan disarungkan ketika majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan perbincangan diantara kedua belah pihak untuk menetapkan mas kahwin, wang hantaran, tarikh majlis & sebagainya. Setelah perbincangan selesai, wakil dari pihak lelaki akan menyarungkan cincin di jari manis anak gadis yang telah menjadi tunangan kepada si teruna.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan.


Namun perlu diingatkan bahawa setiap adat yang dilakukan haruslah disusuli dengan menjaga syariat & perbadanan menurut Islam. SEBAIK-BAIKNYA, semasa majlis berlangsung, ELAKKAN berlakunya percampurandi antara lelaki & perempuan agar majlis mendapat keberkatan dari-Nya. Keberkatan Allah SWT tidak dapat kita gambarkan kerana kesannya bukan seminggu dua, tetapi sehingga ke hujung usia.


Jika diabaikan, rumahtangga akan nampak tidak cantik. Ada saja masalah yang silih berganti. Hati pun tidak tenang sehinggakan adakalanya kesannya berpanjangan sehingga membawa kepada KERUNTUHAN masjid yang di bina.


ITU PENTINGNYA MENJAGA SUASANA MAJLIS PERTUNANGAN INI WALAUPUN KITA PERLU BERSUSAH-PAYAH ASALKAN SYARIAT ALLAH DAPAT KITA LAKSANAKAN DENGAN BAIK.


TIDAK digalakkan membebani rombongan peminangan dengan belbagai hantaran yang mahal seperti telefon bimbit, pakaian, beg tangan dan sebagainya. Memadailah dengan sebentuk cincin dan beberapa dulang makanannya sahaja. Tapi jika bakal pengantin menjadikan dulang hantaran sebagai hadiah dengan ikhlas tanpa ada niat menunjuk-nunjuk, ianya tidak menjadi masalah. Malah saling memberi dianjurkan dalam Islam.


Rasulullah SAW bersabda :
"Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai."
(Al-Adab Al-Mufrad, Hadis No. 594 dengan Sanad uang Hasan)


JADI, amalan memberi dan menerima dulang hantaran diantara bakal pengantin lelaki dan perempuan hendaklah dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dengan harapan agar pertukaran hadiah tersebut dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua keluarga bakal pengantin.


Selama tempoh pertunangan, pasangan tidak digalakkan untuk menghebohkan hal pertunangan kepada orang ramai, cukuplah sekadar dibawah pengetahuan ibu bapa, saudara mara erdekat dan rakan terdekat.