Islam telah menetapkan bahawa tidak memenuhi ajakan suami
adalah satu dosa besar, dimurkai ALLAH SWT, dilaknat oleh malaikat serta
solatnya tidak diterima sehingga ia bertaubat. Sebabnya, secara tidak langsung,
isteri telah menutup jalan yang halal dan memaksa suaminya memilih jalan yang
haram untuk memenuhi keperluan seksualnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jika suami
mengajak isterinya untuk keinginannya ( berhubung badan ), maka penuhilah
walaupun sedang berada di sisi tungku ( sedang memasak ).”
Imam Muslim ada meriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abu
Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi jiwaku yang berada
dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang suami yang mengajak isterinya berhubung
badan, lalu ditolak, melainkan penghuni langit akan murka kepadanya (isteri)
sehingga suami meredainya.”
Manakala ancaman laknat maklaikat bagi isteri yang menolak
ajakan suami pada riwayat al-Bukhari berbunyi: “Jika suami mengajak isterinya
untuk berhubung nadan, namun si isteri menolak hingga suaminya marah, maka dia
dilaknat oleh maklaikat hingga menjelang pagi.” ( Hadis Muttataq’alaih).
Dalam riwayat yang lain pula berbunyi : “Jika isteri tidur
terpisah daripada suaminya, maka para maklaikat melaknatnya hingga ia kembali
ke tempat tidur suaminya.”
Imam an-Nawawi ketika beliau mensyarah hadis ini menyebut:
“Hadis ini adalah dalil larangan kepada seorang isteri yang tidur terpisah daripada
suaminya tanpa alasan. Haid tidak termasuk dalam alasan yang dimaksudkan kerana
suami masih berhak menikmati tubuh isterinya pada bahagian pusat ke atas.
Maksud hadis ini adalah bahawa laknat itu terus menimpa isteri sampai penolakan
isteri hilang kerana terbit matahari, atau suami sudah tidak menginginkannya,
atau dia bertaubat, atau ketika sudah kembali ke tempat tidur suaminya.”
Adapun mengenai tidak diterima solat isterinya jika menolak
ajakan suaminya berdasarkan hadis Jabir ra yang bermaksud: “Tiga golongan yang
yang tidak diterima solatnya dan kebaikannya maka mereka tidak terangkat ke
langit iaitu hamba yang lari daripada tuannya sehingga ia kembali, orang yang
mabuk hingga ia sedar dan wanita yang membuat marah suaminya sehingga suaminya
reda.”
Demikianlah, wallahualam...