Mungkin sudah beberapa kali anda
melihat atau merasai sendiri pengalaman telefon bimbit jatuh ke dalam air.
Misalnya terkeluar dari poket anda ketika berada dalam tandas?terlepas dari genggaman
dan jatuh ke dalam lecak atau secara tidak sengaja termasuk dalam bekas air
atau lauk.
Anda mungkin kecewa, takut
telefon tersebut tidak lagi boleh berfungsi ditambah pula wang ringgit yang
dikeluarkan bukan sikit. Jangan risau! Kami mempunyai sedikit tips yang boleh
anda ikuti sekiranya telefon anda jatuh ke dalam air.
Cuba lakukan langkah di
bawah.
1. Jangan panik
Anda lihat telefon anda sudah
berada dalam mangkuk tandas, jangan menje it atau berada dalam keadaan
histeria!
2. Ambil telefon anda SEKARANG
Lagi lama anda biarkan dalam air,
lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon anda. Memandangkan
beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar,
potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat
telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk
mengelakkan kerosakan teruk.
3. Jangan tekan sebarang butang
Dalam keadaan panik, anda risau
telefon tidak berfungsi, anda terus tekan butang yang ada terutama butang
'power' untuk lihat sama ada telefon anda mengalami kerosakan atau tidak.
Jangan buat demikian kerana sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran
air masuk lebih ke dalam.
4. Keringkan bahagian luar
telefon dulu
Ambil tuala, tisu dalam jumlah
yang banyak atau baju anda sendiri (tanggalkan). Pendek kata mana mana yang
diperlukan untuk mengeringkan telefon anda secepat mungkin. Lap dengan teliti
pada keseluruhan kerangka luar telefon.
5. Keluarkan komponen dalaman
Buka bahagian belakang telefon
(jika ada). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga
komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika anda tidak dapat selamatkan
telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk
dipelihara.Lapkan ketiga tiganya.
6. Goncangkan telefon
Masih terdapat air yang berada
dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon anda dengan
perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.
7. Gunakan beras
Sekarang, anda telahpun
mengeringkan bahagian luar daripada air, tiba masanya pula untuk mengeringkan
bahagian yang anda tidak nampak. Cara terbaik melakukannnya adalah dengan bebola
kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau
anda mahu tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air
lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau anda tidak ada bebola kecil itu,
gunakan cara lama iaitu beras. Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau
beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam' telefon anda (kalau beras,
sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan).
Mula-mula, anda hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar
arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan
kerjanya!
![]() |
| Bean Bag |
8. Tunggu dan tunggu
Cara ini memang memakan masa yang
lama. Tetapi lagi lama anda tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon anda
selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. Tetapi kalau anda
boleh berikan masa 48 atau 72 jam, lebih bagus.
** Copy Paste dr blog Teknologi Daun Pisang
