1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga
maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam
perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang
paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya.
Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami,
sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang
kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan
kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan menceritakan
kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk
untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa
keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami
pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk
menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur
kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik
diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah
azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 - Isteri keluar rumah tanpa
kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar
rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di
langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga
dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di
dalam al-Awsat)
4 - Isteri mendoakan kecelakaan
buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri
yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi
suaminya dan bukannya sebaliknnya.
5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan
bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu
darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami
bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan
perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi
nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa
kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu
tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau
kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin
bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki)
atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah
menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi
hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi
kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional
dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu
yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan
ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik
jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat
mengurangkan tekanan kepada si suami.
Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya
suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana
bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga
harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan
setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi
isteri.
Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak
pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di
dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah
saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab:
"Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau
berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati
dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah
saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka
adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya
salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana
mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab :
"Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati
suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)