Melaka

Menarik Di Melaka

Muzium Senibina Malaysia

Cadangan awal penubuhan muzium ini adalah supaya diadakan satu tempat pameran bagi menempatkan model dan maklumat asas bangunan-bangunan penting dan bersejarah negara ini. Konsep yang dinamakan „Malaysia in Miniature ini kemudiannya terus dibincang bagi mencapai tahap perisian dan skop serta teknik persembahan yang lebih terancang. Akhirnya lahirlah Muzium Seni Bina Malaysia seperti yang ada pada hari ini.

Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman pembesar Belanda dan Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan pejabat terakhir yang menggunakan bangunan ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Muzium ini kini ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan.

Objektif

Muzium ini ditubuhkan untuk menyediakan maklumat asas yang menekankan taburan seni bina lama dan baru yang terletak di seluruh negara. Melalui maklumat serta peragaan ini, pelawat dapat memahami perkembangan senibina negara dengan mudah serta mempunyai pilihan untuk membuat lawatan susualan ke lokasi sebenar sekiranya perlu.

Dengan bantuan nasihat dan penglibatan beberapa orang ahli akademik, muzium ini dapat menyediakan maklumat yang lebih informatif serta bercorak akademik agar ramai kumpulan sasar yang beroleh faedahnya. Dalam perancangan jangka panjang, muzium ini juga mampu berfungsi sebagi pusat sumber utama untuk menjalankan penyelidikan berterusan ke atas senibina peting di rantau ini. Oleh kerana ruang yang terhad serta keadaan bangunan yang berbilik-bilik, pihak muzium terpaksa menyesuaikan aliran cerita sepeti yang ada sekarang iaitu skop dan tema pameran disusun bermula dari senibina kaum peribumi ke zaman penjajahan sehinggalah ke zaman kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Selain keterangan teks, gambar dan ilustrasi, peragaan bahan 3D, mural dan model-model bangunan tepilih juga dipamerkan.

Perkampungan Portugis

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.

Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.
Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
Terdapat juga satu bahagian di taman ini yang dikhaskan untuk pemeliharaan lebah madu. Walaupun lebah secara amnya tidak akan mengganggu manusia, pengunjung di nasihatkan supaya berhati-hati apabila melintasi kawasan tersebut.

Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Buaya Melaka
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450, Melaka

Tel: +606-232 2349 / 232 2350
Faks: +606-231 9136

Zoo Melaka Dan Zoo Malam

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan. Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.
Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.

Bayaran Masuk:
Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM4.00

Persembahan Pelbagai Haiwan: Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang) Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) (2 petang - 3 petang)
*Tiada bayaran di kenakan

Interaksi Bersama Gajah: Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu: RM 2.00 Memberi gajah makan : RM 2.00 (11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)

Menaiki Kuda/Gajah:
Dewasa RM2.00
Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja)

"Free-Ranging" Orang Utan
Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
9.00 pagi - 5.00 petang

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
bayaran : RM 10.00 (dewasa) , RM5.00 (kanak-kanak)

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Zoo Melaka
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : +606-232 4053/ 4054
Faks: +606-232 5859
Laman Web: http://www.zoomelaka.gov.my/
Taman Mini Malaysia

Taman Mini MALAYSIA
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri. Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Bayaran Masuk:
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 5.00 petang
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 1334
Faks: +606-232 1335

Taman Rama-Rama & Reptilia

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.
Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.
Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

Bayaran Masuk
Dewasa RM5.00
Kanak-kanak RM3.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
Ayer Keroh 75450, Melaka
Tel: +606 232 0033
Faks: +606 232 9977

Menara Taming Sari

Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket : Dewasa : RM 20.00 Kanak-Kanak : RM 10.00
Masa Operasi : 10.00 am-10.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Menara Taming Sari Berhad,
Jalan Merdeka, Banda Hilir,
75000 Melaka.
Tel No. : +606 288 1100 / 281 3366

Dataran

Dataran, an interlocking area with the dimension of 46m x 88m is positioned in front of MITC. This open-air site is complimentary parking area for visitors. However, this site has the prospective for organizer to propose an outdoor concert, road-shows, fun fair, bazaar, archery competitions, youth sports competition and more.

Mahkota Parade

Senibina pusat membeli-belah Mahkota
Parade yang bercirikan pengaruh rekabentuk
Portugis dan Belanda. Tempat letak kereta
sebanyak 1,195 petak mampu menampung
para pelawat dari luar Melaka.
Bangunan tiga tingkat ini dipenuhi dengan
200 kedai retail seperti Bonia, The Body
Shop, Seed, Levis, Rest & Relax, Giordano, and Marie France Bodyline yang
menawarkan pelbagai barangan kepada semua pengunjung.

Mahkota Parade
No 1, Jalan Merdeka
Bandar Hilir
75000 Melaka
Tel: +606-282 6151
Fax: +606-282 7305

Lokasi :
Terletak di tengah Bandaraya Melaka. 25 minit daripada Tol Air Keroh.

Pengangkutan :
Terdapat kemudahan teksi dan bas. Nikmati pemandangan sambil mengambil beca
atau berjalan kaki ke Mahkota Parade.

Waktu operasi :
Ahad - Khamis 10.00am - 10.00pm
Jumaat dan Sabtu 10.00am - 10.30pm

Kota AFamosa (Porta de Santiago)

Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.

Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.

Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota, 75000 Melaka.

Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
E-mel: admin@perzim.gov.my
Laman Web: www.perzim.gov.my

Melaka Sentral

Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar
Peringgit. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan
pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak.
Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya.
Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Setiap
bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian
ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera
serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak
diantara dua bahagian ini. Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk
perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula,
terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Untuk mereka yang ingin
berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan
domestik di terminal teksi.
Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di
bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel: +606-288 1323/1321