TEMPAT MENARIK DI KUALA SELANGOR
Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
Makam Anak Dara
Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ
Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.
Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.
Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.
Batu Hampar
Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.
Busut Malawati
Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota . Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.
Tempat Melihat Anak Bulan
Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.
Meriam Penggawa
Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.
Bukit Belanda
Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.
Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.
Perkhidmatan Keretapi
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM3.00 sahaja.
Kelip-Kelip Kg. Kuantan
Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip Kelip dan Pohon Berembang
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.
Kampung Kuantan
Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.
Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota . Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.
Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama 45 minit. Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di persekitaran Kuala Selangor.
Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang). Walaubagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.
Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang). Walaubagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.
Kemudahan Awam
Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak.Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.
Tempahan & Pertanyaan
Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-
Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
E-mail : ydp@mdks.gov.my / sumd@mdks.gov.my / msaad@mdks.gov.my
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101
Kadar Bayaran
Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)
RM 40
RM 40
Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia . Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.
Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.
Pada bulan September hingga April setiap tahun taman ini akan disinggahi oleh burung-burung dari luar negara yang akan bersama-sama burung tempatan menjalani penghidupan.
Diantara spesis burung tempatan yang menjadi penghuni tetap di taman ini ialah , burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau, helang bahu hitam dan sebagainya. Manakala burung-burung yang berhijrah pula ialah, purple herow, great eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler, purple swamphen dan banyak lagi. Kehadiran burung-burung ini menjadikannya sebuah lokasi yang paling menarik unutk dilawati sambil menikmati panorama fauna dan flora yang begitu banyak disini.
Aktiviti dan Kegiatan Agro di Taman Alam
Melihat Pelbagai Spesis Burung
Salah satu daripada aktiviti yang menarik di Taman Alam ini ialah meyaksikan pelbagai spesis burung dari dalam dan luar negara. Untuk mengikuti aktiviti ini anda harus mempunyai teropong dan sudah tentunya kamera untuk tidak melepaskan peluang merakamkan gambar burung-burung yang cantik atau saat-saat manis anda. Pastinya anda akan terpegun dan leka seketika apabila menyaksikan berbagai gelagat burung di alam semulajadi. Beberapa buah pondok khas dibina untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung yang berminat menyaksikan keriangan mergastua yang beterbangan bebas. Hujung minggu sudah tentu lebih bermakna dan memberi anda suatu pengalaman yang baru jika anda bersama teman atau keluarga berkunjung ke taman ini.
Hutan Bakau
Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, sudah pastinya kunjungan anda ke Taman Alam Kuala Selangor tidak mengecewakan. Hutan paya bakau yang terbentang seluas 95 hektar menanti untuk diredah dan membongkar segala rahsia dan misteri. Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis haiwan liar di taman ini. Pokok-pokok kayu bakau yang hidup subur disini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri disamping ketahanannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh yang demikian hutan ini berbeza dari hutan hujan tropika sudah tentu akan mencabar fizikal, semangat dan mental anda.
Aktiviti Mencari Siput
Sebuah tasik buatan manusia seluas 20 ekar menanti kedatangan anda. Keistimewaan tasik ini , terdapat banyak siput sedut, siput roman dan siput beliung disekitarnya. Pengunjung tasik ini berpeluang mengutip siput-siput ini sebagai salah satu aktiviti rekreasi. Kewujudan dan kehadiran siput-siput ini adalah kesan daripada keharmonian alam semulajadi yang tidak diganggu oleh sebarang pencemaran.
Melihat Biawak Besar
Reptilia ini hidup secara semulajadi dengan habitatnya dan bebas dari sebarang gangguan. Walaupun biawak merupakan ancaman bagi penternak ayam dan itik tetapi kehidupannya di sini tidak memberi ancaman kepada sesiapa.
Monyet, Lotong dan Kera
Monyet, Lotong dan Kera merupakan musuh kepada manusia di atas pelbagai sebab. Bagi para petani pula ianya merupakan ancaman kepada tanaman mereka dan kadangkala haiwan ini akan bertindak ganas. Secara umumnya terdapat dua jenis spesis yang terkenal yang senang dapat dilihat di sini iaitu ‘Makonka’ dan ‘Long Tail Silver Leaf’ . Walaupun haiwan ini adalah dari keluarga yang sama namun ia mempunyai sifat berbeza. Kera bersifat ganas dan suka menghidu. Terdapat beratus-ratus ekor kera ditaman ini . Anda akan dapat menyaksikan gelagat mereka yang hidup liar. Manakala lotong pula merupakan haiwan yang jinak . Anak-anak lotong berwarna ‘oren’. Haiwan-haiwan ini hidup dengan bebas dengan memakan pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan hutan yang terdapat disekitarnya.
Melihat Ikan
Tasik yang luas ini mengandungi berbagai spesis ikan seperti talapia, belanak, siakap dan udang. Tapi awas, anda tidak dibenarkan untuk memancing ikan disini, tetapi para pengunjung dibenarkan untuk bermain-main dengannya. Tasik ini juga ditumbuhi oleh tumbuhan seperti kangkong, keladi dan teratai.
Sangkar Besi
Burung-burung yang spesisnya diancam oleh kepupusan mendapat perlindungan di sini. Sebuah sangkar besi gergasi dibina disini untuk menempatkan burung-burung tersebut supaya ia dapat berkembang dan membiak secara terkawal.
Aktiviti-Aktiviti Alam Sekitar
Bagi para pengunjung yang datang secara berkumpulan , anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat juru pandu, agar anda berpeluang menimba pelbagai pengetahuan asas tentang pemeliharaan ekosistem dan alam sekitar. Selain itu pengujung juga turut akan dididik bagaimana untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang seperti kertas yang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ekosistem dan alam sekitar. Usaha-usaha menanam semula hutan turut dijalankan bagi tujuan untuk memelihara keindahan dan keseimbangan ekosistem yang sedia ada. Hutan merupakan satu jalinan rantaian yang penuh harmoni dan mengandungi pelbagai khazanah yang berharga. Pemeliharaan dan pemuliharaan dijalankan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Kunjungan anda akan mencetuskan rasa kesedaran terhadap kepentingan hutan kepada manusia serta kesalingan antara manusia , flora dan fauna.
Nature Hunt
Nature Hunt adalah merupakan acara yang berbentuk permainan . Acara ini boleh dijalankan secara berkumpulan dan menjadi satu aktiviti rekreasi yang bertujuan untuk mengenali hutan dengan lebih dekat lagi. Segala panduan dan maklumat yang berguna dapat digunakan untuk mendalami pelbagai persoalan mengenai hutan.
Aktiviti Lain
Taman Alam Kuala Selangor menjadi pusat penyelidikan mengenai kelawar, kupu-kupu, burung dan hal-hal lain yang berkaitan alam sekitar. Di Taman ini juga disediakan pakej pendidikan mengenai alam sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, mestilah berkumpulan yang sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang.
Homestay Sungai Sireh
Peserta Program Homestay Sungai Sireh, berehat di sawah yang luas terbentang
Sungai Sireh Homestay menjanjikan percutian yang bakal menjadi kenangan seumur hidup, kerana disini pelawat dapat merasai kehidupan kampung dalam suasana dikelilingi panorama keindahan alam semulajadi dengan kehijauan sawah padi menyambut kedatangan anda, deruan sungai mengalirkan air bersih lagi segar. Sungai Sireh terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, sebuah desa pertanian yang menjadi pengeluar pelbagai buah-buahan tempatan, bunga-bungaan dan bermacam jenis hasil semulajadi. Jumlah bayaran penginapan dan aktiviti di Homestay Seri Gambut, Sungai Sireh.
Penginapan di Homestay | |
Bil | Harga |
2 Hari 1 Malam | RM 100 |
3 Hari 2 Malam | RM 200 |
* makan dan minum di Homestay disediakan | |
Aktiviti Rekreasi | Aktiviti Lawatan | Persembahan Kebudayaan |
Perkhemahan (tapak) RM 4.00 (seorang) Jungle Traking RM 6.00 (seorang) atas 10 orang Berkayak RM 5.00 (seorang / jam) Menaiki bot menyusur terusan RM 50.00 (4 orang) * kos bayaran jurulatih kayak RM 100.00 / hari * kos bayaran bot keselamatan RM 60.00 / hari | Lawatan ke Sawah Padi RM 1.00 (seorang) Lawatan ke Logi Benih Padi RM 1.00 (seorang) Lawatan ke Kilang Kerepek RM 1.00 (seorang) Lawatan ke Kebun Sayur RM 1.00 (seorang) Lawatan ke Kelip-kelip Kg. Kuantan (termasuk tambang dan tiket ) RM 20.00 (seorang) * untuk guide lawatan 1 kumpulan RM 50.00 * untuk lawatan hendaklah melebihi 20 orang | Persembahan Silat RM 200.00 / kumpulan Persembahan Kompang RM 100.00 / kumpulan Persembahan Tarian Melayu RM 150.00 / kumpulan Persembahan Hadaro RM 150.00 / kumpulan Persembahan Cempuling RM 100.00 / kumpulan Persembahan Pengantin Melayu RM 400.00 / kumpulan (full set) |
Sila Hubungi:
1. En. Abu Bakar b. Hj. Moin
Tel: 019-3467372 / 03-32696995
Fax: 03-32696995
Tel: 019-3467372 / 03-32696995
Fax: 03-32696995
2. En. Salamat b. Surib
Tel: 013-3051470
3. En. Marwan b. Ahmad
Tel: 013-6045072