Jika berjalan, dari belakang
kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai
yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk
hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup.
Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk
ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati
wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan.
Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki
yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan
senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan
jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman
luas.
Jika berjalan badan bergerak ke
kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah
dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki
yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang
yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita
seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita
ini mudah mengalirkan air mata.