Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.
- Sentuhlah tangannya selalu.
- Ajaklah dia mandi bersama.
- Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.
- Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.
- Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.
- Tulislah nota cinta buat si dia.
- Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.
- Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.
- Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.
- Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.
- Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.
- Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.
- Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.
- Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.
- Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.
- Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.
- Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.
- Peluklah si dia sekerap mungkin.
- Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.
