Tentang Rambut

Tetapi tahukah anda dengan membasuh rambut setiap hari terutama menggunakan syampu boleh menyebabkan rambut semakin rosak dan kering.
Rambut akan kelihatan cantik berkilau apabila minyak semula jadi dari kulit kepala menyentuh hujung rambut. 

Disebabkan itulah kebanyakan pakar rambut menyarankan agar mencuci rambut dua atau tiga hari sekali saja kerana dengan cucian yang terlalu kerap boleh mengakibatkan lembapan pada rambut hilang.

Pelbagai tabiat diri boleh menjejaskan kesihatan rambut, antaranya:

Menyikat rambut mampu membuatkan ia bersinar 
Memang benar, menyikat rambut boleh membuatkannya bersinar tetapi hanya dengan menyikatnya beberapa kali saja untuk membentuk rambut dan menyegarkan minyak semula jadi dari akar hingga hujung rambut. 

Jika rambut disikat berlebihan akan menyebabkan kerosakan dan rambut mudah patah. 

Mengikat rambut di tempat yang sama 
Tidak salah mengikat rambut, tetapi cuba mengubah tempat ikatan dilakukan menggunakan pengikat yang elastik dan tidak menyebabkan rambut terlekat padanya. 
Selain itu, untuk penjagaan rambut yang baik, longgarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan
kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus. 

Mengikat rambut menggunakan gelang getah 
Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak kerana ia penyebab utama rambut terputus. 

Tidak menjaga kulit kepala
Selain rambut, kulit kepala juga penting dan perlu diberi perhatian. Urut secara lembut kulit kepala untuk melancarkan peredaran darah. Kulit kepala yang sihat membuatkan rambut juga sihat bersinar.

Menggunakan sikat yang tidak sesuai

Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut. Lebih panjang rambut dimiliki, panjang sikat yang diperlukan juga perlu berpadanan dengannya.

p/s : copy paste Metro 6/2/14 (Khamis)