Penggunaan sumber semula jadi
sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada
manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda
tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk.
Cara tradisional ini akan
menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu,
anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional
yang boleh dilakukan ialah.
Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu
untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil
lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke
wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau
cela keluar.
Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah,
ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian
bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin
kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih
gebu.
Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat
dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih
dan segar.
Caranya dengan memerah air limau
nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu),
kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering.
Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang
ketara.
Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini,
ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan
sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali
pada seluruh wajah dan bilas.
p/s : artikal nie copy paste dr Metro hari nie.. 6/2/14 (Khamis)