Penyediaan Air Selusuh

1. Al-Fatihah
  •  Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  •  Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
  • Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • Yang menguasai hari pembalasan
  • Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
  • Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
  • (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2. Selawat Syifa

3. Al-Hashr; ayat 21-24.

  • ayat 21:  Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
  • ayat 22: Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
  • ayat 23: Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
  • ayat 24: Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh
Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5
  • ayat 4 : dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
  • ayat 5 : dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.

Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.

7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.
  
8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara 1
  • Al-Fatihah. 
  • Surah al-Hasyr ayat 21.
  • Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  • Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  • Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  • Minyak selusuh perlu diminum sebnayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2
  • Beristighfar 3 kali
  • Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
  • AL- Fatihah 1 kali.
  • Selawat 11 kali.
  • Alam Nasyrah 7 kali.
  • Al-Ikhlas 3 kali.
  • Al-Falaq 3 kali.
  • An Nas 3 kali.
  • Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3
  • Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  • Selawat Syifa 7 kali.
  • Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
  • Surah Al-A'raa ayat 54, 3 kali.
  • Hembus pada air, minyak atau kurma.